Sunday, April 26, 2009

Ahli Umno perlu terus bersatu padu, kata Musa

19th April, 2009

TAWAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan ahli-ahli Umno di negeri ini supaya terus bersatu-padu supaya Umno Sabah bukan sahaja disegani, tetapi terus dapat menyumbang kepada kekuatan parti dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga melahirkan rasa gembiranya kerana para perwakilan dari negeri ini bukan sahaja berjaya meraih pelbagai jawatan di dalam Pemilihan Agung Umno, malah turut diberi kepercayaan menjawat jawatan penting di dalam Kabinet Persekutuan.

wakaka..bersatu....yalah latuk...bersatu sesama kaum sendiri...untuk kasi kaut kekayaan sabah...kasi masuk poket sendiri...wakaka

kita tunggu apa lajim...salleh...shafie...ghapur...karim bujang... cakap pasal ini bersatu...wakaka...bersatulah sama anipah...japlin...zakaria shamsudin drebar teksi...wakaka

Saturday, April 25, 2009

Masalah sekolah luar bandar di Sabah akan diatasi segera

SEMPORNA: Masalah sekolah luar bandar di Sabah termasuk yang melibatkan pe-rumahan guru akan diatasi secepat mungkin bagi menyediakan pembelajaran yang selesa kepada pelajar serta persekitaran kondusif untuk guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.

“Sejak empat hari saya be-rada di Sabah termasuk di San-dakan, Kinabatangan, Sempor-na dan Tawau saya melihat terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah luar bandar di sini.

“Antara yang paling jelas ialah tentang kemudahan bilik darjah. Ada bilik darjah yang terlalu daif dan tidak dapat di-gunakan dan ada rumah-rumah guru yang terlalu menyedih-kan.

wakaka...baguslah kalau kau nampak...menteri yang dulu-dulu inda nampak...asyik cium keris saja...wakaka...cuma harapnya ini bukan retorik...untuk minta sokongan...biar ada tindakan konkrit...masalah pendidikan sabah dapat diatsi segera...kasihan cikgu-cikgu tinggal di kandang kambing @ reban ayam!..wakaka

kalau kau sedih...kami lagi sedih...tengok anak kami belajar di sekolah inda bagus...macam di palestin...kalau mau harap YB kami...diorang asyik cari projek kasi masuk poket saja...wakaka

Aktivis pendidikan desak kementerian ‘bedah siasat’

KENINGAU: Seorang aktivis pendidikan Garius Pukin mendesak Ke-menterian Pelajaran Malaysia, supa-ya mengadakan ‘bedah siasat’ untuk mencari punca kenapa kadar murid ke peralihan Tingkatan 1 (Satu), yang tidak tahu membaca dan menulis semakin meningkat di kawasan Tran Pegalan.

Garius berkata, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini statistik menunjukkan pertambahan peningkatan murid peralihan, yang tidak boleh membaca dan menulis amat membimbangkan.

Katannya, statistik dari Tahun 2004 hingga 2009 sekurang-kurangnya 40 murid dikenal pasti tidak tahu membaca dan menulis.

wakaka....inilah masalah kalau guru bepolitik...inda mengajar...guru besar inda datang sekolah..wakaka...ini belum lagi guru diberi kebenaran bepolitik...kalau dibagi lagilah...sampai tua la budak inda tahu membaca...wakaka


Tuesday, April 21, 2009

DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

20/04/2009 3:48pm

KOTA KINABALU 20 April — Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dikekalkan sebagai pemimpin negeri.
Beliau berkata ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.
“Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.
“Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun.

Wakaka...ini sudah bagus...kalau sudah dap pun sokong km...memang cukup bagus...wakaka...dap sokong...adun bn sudah pasti 200% sokong...adakah adun bn yang berani inda menyokong?...wakaka...hebat betul si musa aman ni...berapa dia bayar adun dap ni sokong dia...wakaka
Tapi jangan dulu...cuba check tanya adun umno...mp umno..tanya sama shafie...lajim...bung...ghapur..atau tanya salleh...tanya usbo...wakaka...diorang ni sokong jugakah?...wakaka...jangan tanya japlin sama anifah...kompom jawapan satu...sama macam dap..wakaka
lagi satu...kenapa tiba-tiba ada sokongan jangan ganti musa aman ni?...dia mau kena gantikah?...dia bukan kapal 1malaysia kah?...wakaka

Friday, April 17, 2009

Untungnya Si Japlin Akim

Mungkin tidak ramai yang mengenali YB Datuk Japlin Akim. Dia wakil rakyat kawasan Usukan dalam Parlimen Kota Belud. Pembantu Menteri Infrastruktur, penggal lalu di Kem. Pertanian.

Dalam parti, dia memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Sabah. Penggal lalu sebagai KP Kota Belud, dan kini selaku Naib Ketua Bahagian Kota Belud.

Sebelum Perhimpunan Agung Umno lalu dihukum gantung keahlian 3 tahun oleh Lembaga Displin gara-gara politik wang. Minggu lalu, disiasat oleh SPRM bersama seorang ahli perniagaan kerana kes rasuah.

Tahun 2004, Isa Samad melepaskan jawatan Naib Presiden Umno dan Menteri Wilayah Persekutuan kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang dan dihukum gantung keahlian 6 tahun.

Wakaka...untungnya menjadi Japlin Akim...tetap menjadi Pembantu Menteri walaupun sudah digantung keahlian...disiasat SPRM...kerana menjadi anak emas Musa Aman...apalah kelebihan si Japlin yang tiada sama orang lain...wakaka...kalau macam ni...kita pun mau jadi japlinlah...indada tindakan...walaupun rasuah..main duit beli undi...wakaka

Monday, April 13, 2009

Pelbagai pihak sokong iktiraf bangsa Bumiputera Sabah

12th April, 2009

KOTA KINABALU: Pelbagai pihak me-nyokong cadangan supaya kerajaan Perse-kutuan memberi pengiktirafan sewajarnya terhadap penduduk tempatan sebagai “bang-sa Bumiputera Sabah” dan bukan dikategorikan sebagai “lain-lain bangsa” dalam semua urusan atau borang pentadbiran kerajaan.

Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, menyokong cadangan itu ba-gaimanapun katanya perincian terhadap bangsa-bangsa di Sabah perlu dinyatakan dengan jelas untuk memudahkan pengenalan.

“Memang bangasa-bangsa yang ada di Sabah tidak digazetkan dalam perlembagaan. Oleh itu kerajaan perlu membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan.

wakaka...ini lagi satu datuk 'palui'...begitu banyak isu pengguna di sabah...dia mau cerita pasal bangsa...oi datuk...kasi turun harga ayam sama dengan semenenjung la...baru cerita lain...wakaka...lagi satu mau tanya...itu mirza bila mau kasi balik duit pelabur...sekarang memang sudah jadi banyak...sebab lama simpan...wakaka

Barisan Kabinet Najib diyakini

TAWAU: Barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diyakini mampu mencerminkan slogan pentadbirannya iaitu ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan.

Jika hasrat Presiden Umno itu dapat direalisasikan katanya, negara ini tentunya akan terus mengorak langkah ke hadapan seiring dengan arus globalisasi dunia, manakala rakyat pula dapat hidup selesa dan lebih baik dari sebelumnya.

“Ini kerana kita yakin anggota-anggota kabinet baru tersebut akan bekerja berdasarkan kehendak dan aspirasi rakyat, khasnya yang tinggal di kawasan luar bandar,” katanya.

wakaka...ini bunyi burung kakatua...burung ni kalau berbunyi dia akan ikut saja apa yang tuannya cakap...dia sendiri indada idea...burung kakatua ni mau bodeh @ mengampu...wakaka
macamana mau diyakini rakyat...ini bukan kabinet najib...ini kabinet dapur mahathir...kabinet mahafiraun...itu sebab sekarang kabinet ini dipanggil...KABINET MAHAJIB!...wakaka
apa punya burung....

Friday, April 10, 2009

Panduan Untuk Lajim Bung & MP Sabah...

wakaka...ini kita mau bagi tips...khusus untuk lajim...bung...sama mp sabah yang lain...kalau mau jadi menteri masa akan datang...kali ini inda boleh sudah...sudah penuh.
begini tips dia...kalau kena lantik jadi timbalan...jangan terima...bagi alasan munasabah...yang boleh orang percaya...pakai la alasan yang boleh pakai...masa sama kasi atur orang kasi psiko...kunun-kunun mau join pkr...mau lompat parti la katakan...
bukan betul-betul lompat...kasi gertak saja...supaya kl takut...
lepas tu hentamlah kerajaan...kiri...kanan..tengah...sapu semua...buat bising di dewan rakyat...gerenti kena pujuk...lepas tu...gerenti kena lantik menteri punya...wakaka...
tengok macam si nipah...inda payah tanding mt...inda payah sibuk-sibuk...kempen sana sini...keluar duit beli undi...dapat jadi menteri...kan siok...wakaka

KABINET BARU IALAH KABINET RAKYAT: NAJIB

10th April, 2009
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifat-kan barisan jemaah menteri yang diumumkan kelmarin sebagai kabinet rakyat.

Perdana Menteri berkata kriteria utama pelantikan mereka adalah dengan mengambil kira kepercayaan rakyat terhadap barisan jemaah ment-erinya.

“Dua prinsip utama dalam pembentukan Kabinet adalah parti dan rakyat, tetapi yang lebih penting akhirnya ialah rakyat kerana kita mahu mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kabinet baru,” kata beliau.

wakaka...kita harap najib kasi kota apa dia kata...jangan cakap retorik saja...untuk ambil hati rakyat...lastly janji tinggal janji...rakyat macam atu jua...wakaka
4 menteri dari sabah mesti kasi jalan tanggungjawab...terutama shafie...kau tu sudah menteri luar bandar...ini masa kau kasi maju negeri sabah...jangan ada lagi mandi sungai macam air milo...masih pakai lampu minyak gas...masih ikut jalan grabel...macam belum merdeka..
maximus sama dompok...pun sama...jangan senang hati saja...dapat elaun menteri...tengok2 juga rakyat yang mau pembelaan...
anifah...inda boleh buat apa-apa...dia menteri luar...kasi urus palestin saja la...wakaka...hello datuk...apa macam kau rasa...ok ka.. dapat sudah jadi menteri...ok bah kan...dulu kena bagi timbalan saja...mana siok kan...inda glamer..wakaka

Wednesday, April 8, 2009

Padan muka diorang!

wakaka...bn kalah di selambau dan gantang....memang padan la diorang kalah...asyik sombong dan bongkak...bergaya pakai kereta besat...hisap curut harga ratus-ratus...lupa nasib rakyat.

ke hulu ke hilir asyik tipu rakyat...banyak masa di padang golf daripada mndengar rintihan rakyat...datang masa pilihanraya bawa seribu janji...lepas pilihanraya hilang entah ke mana...kalau ditelefon...macam-macam alasan diberi...

hari ini rakyat kembali menghukum bn...biar diorang rasa dan insaf...bahawa negara ini bukan diorang saja yang punya...ini negara semua rakyat yang punya...

kasi chance la diorang di batan air...kasi maju batang air...sudah merdeka pun...masih ikut sungai macam zaman dulu-dulu...

sarawak ni serupa macam sabah...negeri kaya tapi penduduk miskin...kenapa?...wakaka...anda jawablah sendiri!

Monday, April 6, 2009

Tun Mahathir masuk Umno

Wakaka.. Baguslah orang tua ni sudah masuk balik umno. umno yang sudah parah akan bertambah parah lagi dengan kemasukan orang tua ini.

selepas 22 tahun perintah negara, masih belum mau puas lagi. mau lagi ikut campur urusan pentdbiran sampai abdullah badawi terpaksa letak jawatan. najib senyum sampai telinga dapat jadi presiden tanpa lawan, terus jadi pm dan sekarang tun pula sokong dia.


Tun masih belum menerima hakikat dia bukan pm lagi. sudah dibagi sama orang lain. sudah inda jadi pemimpin jadilah pengikut yang baik. bukan mau kasi pening orang lain. mau cakap sendiri saja kena ikut.

Awas najib jangan kau gembira sangat. ini tun kalau kau inda ikut cakap dia mati kau kena belasah macam dia belasah si badawi. kau kena hati-hati. ini bukan sokong sembarangan, pasti ada udang di sebalik mee.

Mengkali mau kasi masuk anak dia jadi menteri...supaya legasi dia tidak berakhir! Boleh bah kalau kau...

Saturday, April 4, 2009

Datuk Najib PM Baru

Harapan Sabahwatch kepada PM baru Malaysia supaya nasib rakyat bawahan di Sabah dapat dibela. Orang Sabah inda lagi melihat kemajuan hanya di kaca TV.

Kemudahan asas untuk rakyat Sabah seperti letrik, air, jalanraya dsb akan dapat disempurnakan. Selepas merdeka melalui Malaysia 36 tahun jangan ada lagi yang masih berpelita minyak tanah, minum air perigi, mandi air sungai yang macam air milo, melalui jalan grabel macam jalan angkut kayu balak.

Hak rakyat Sabah mendapatkan pendidikan sempurna, guru yang terlatih, bangunan yang cantik, kemudahan lain untuk kemajuan pelajar Sabah terutama di luar bandar.

Sabah negeri kaya dengan menyumbang minyak untuk kekayaan negara, sayangnya keadaan Sabah tidak menggambarkan kekayaannya. Masih ditakuk lama, masih ketinggalan dan masih mundur.

Harap semua perkara ini dapat dipandang dan diambil serius oleh Datuk Najib selepas ini. Bukan dijanji semasa pilihanraya, hilang dengan janji manis. Datang pilihanraya semula, janji ditabur lagi!

Friday, April 3, 2009

Kontraktor b-putera gagal siapkan projek ditegur

2nd April, 2009
SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menegur sikap kontraktor bumiputera di negeri ini yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan.
Katanya beliau sedih kerana mereka tidak komited sedangkan telah diberikan peluang untuk melaksanakan projek kerajaan.
“Kita telah memberi mereka ruang dan peluang untuk melaksanakan projek kerajaan tetapi mereka gagal memenuhi harapan itu. Ia merugikan rakyat dan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan Kompleks Taman Cahaya untuk Orang Buta di Pekan Muhibbah di sini.

wakaka...inda apa bah datuk...yang penting masyuk...kalau indada projek...siapa mau bagi 10% sama yb-yb kitani....susah nanti diorang...indada masyukkkkk...wakaka...biarlah inda siap projek...tahun depan dapat lagi...wakaka

Kekurangan rumah guru di SK Simbuan paling kritikal

3rd April, 2009
KENINGAU: Kekurangan rumah guru di SK Simbuan ditahap paling kritikal, menyaksikan ia kini memberi tekenan serius kepada tenaga pengajar, untuk memberikan per-khidmatan yang terbaik murid-murid sekolah itu.

Pengerusi PIBG sekolah itu Joseph Situl ketika mendedahkan perkara itu kepada media berkata, sejak tahun 1984 masalah kekurangan rumah guru di sekolah itu telah berulang dikemu-kakan, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang petunjuk positif, menunjukkan masalah itu akan berakhir.

SK Simbuan terletak kira-kira 40 Km dari sini – mempunyai seramai 16 tenaga pengajar terlatih, namun ke-pakaran mereka tidak sepenuhnnya dapat dicurahkan kepada anak bangsa, disebabkan guru-guru malang itu se-dang bergelut dengan tekanan tempat tinggal.

wakaka...ha ini untuk hishamuddin keris...sebelum sibuk urus pasal lain...bagus kau urus guru-guru tinggal di kandang kambing ni...wakaka...macamanalah mau maju...pelajar luar bandar mau jadi pandai...pandai cakap orang putih...kalau guru indada motivasi...rumah pun inda baketentuan...wakaka

Cadangan guru boleh berpolitik dengan bersyarat: Hishammuddin

3rd April, 2009
PULAU PINANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan ca-dangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang da-lam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.

“Cadangan saya itu bersyarat, se-mangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan Umno ia bermula dengan semangat guru-guru.
“Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas,” katanya.

wakaka..bayangkan kalau pegawai pelajaran daerah ikut berpolitik...mesti ramai ajk umno dapat kontrek...wakaka...sure boleh berpolitik sokong umno ja ni...kalau sokong yang lain inda boleh ni...wakaka...habis la budak-budak sekolah lepas ni...kecil-kecil lagi bawa keris pigi sekolah...wakaka

Lajim yakin Najib mampu laksana tugas pemimpin tertinggi

3rd April, 2009

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Ter-tinggi Umno Datuk Lajim Haji Ukin yakin Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara dan parti Umno yang menjadi teras kepada kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, kewibawaan serta pengalaman yang sedia ada, akan membantu beliau (Najib) yang baru sahaja dinobatkan sebagai Presiden Umno mengemudi negara ke era yang lebih cemerlang khususnya dalam pencapaian Wawasan 2020.

wakaka...wah datuk...bukan main lagi puji...membodek ka...ini mesti kes pok jadi menteri penuh ni...wakaka...kalau dapat full minister...jangan lupa belaja kopi o ah...wakaka

Thursday, April 2, 2009

Pedalaman Sabah perlu banyak asrama

31st March, 2009

KENINGAU: Sabah memerlukan lebih banyak asrama buat pelajar-pelajar sekolah menengah terutama di kawasan pedalaman bagi menangani masalah ponteng kelas.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Angin berkata beliau percaya ketiadaan asrama bagi pelajar luar bandar yang tinggal jauh dari sekolah adalah antara punca kepada masalah ponteng.Katanya masalah ponteng turut membawa kepada masalah yang lebih serius seperti pelajar keciciran dan ketinggalan dalam akademik, yang rata-ratanya dikaitkan dengan pelajar luar bandar

wakaka..orang pedalaman ni kalau diberi peluang...boleh juga diorang kasi maju diri...kasi cemerlang akedemik...so, kemudahan mestilah dibagi...janganlah asyik bertumpu di bandar...contohnya, macamana mau maju kalau mau pigi sekolah pun jalan grabel...kemudahan asas inda sempurna...jadi jangan cakap saja...sekarang orang mau tengok tindakan...wakaka

Kerajaan tidak nafi wujud gejala rasuah, kata Dompok

31st March, 2009

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menu-buhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

wakaka...baguslah kalau kerajaan sedar...memang banyak rasuah berlaku di kalangan kakitangan kerajaan...cuba check di jabatan pelajaran...pejabat daerah...sdo...dan banyak lagi jabatan lain....cuba fikir macamana nak hapuskan...kalau inda dapat...kasi minimise pun bolehlah...asal jangan ada ucapan...ADA FULUS SEMUA LULUS!...wakaka

Kejayaan cemerlang calon Sabah pada Perhimpunan Agung Umno satu penghargaan

31st March, 2009
KOTA KINABALU: Kejayaan cemerlang calon-calon dari Sabah menduduki barisan kepimpinan tertinggi Umno pada Perhim-punan Agung ke-59 tahun ini merupakan manifestasi dan apresiasi para perwakilan dari seluruh negeri terhadap sumbangan besar Umno Sabah pada pilihan raya umum yang ke-12, sebagai antara negeri penyumbang terbesar terhadap pembentukan kerajaan Barisan Nasional.

Kejayaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menduduki salah satu jawatan naib presiden diikuti kejayaan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Bung Moktar menduduki jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah cerminan sumbangan pemimpin Umno Sabah tidak diketepikan dalam usaha untuk memperkasakan penjenamaan kekuatan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.

wakaka...indada guna menang kalau indak boleh orang sabah yang jauh ketinggalan...kemudahan asas inda cukup...jalan grabel...minum air perigi...pakai lampu minyak gas...keadaan macam belum merdeka...ini menjadi cabaran kepada pemimpin yang menang supaya dapat memperjuangkan nasib rakyat...selain berjuang untuk perut sendiri sama kroni...wakaka