Friday, May 22, 2009

Kondom, pil cegah kehamilan dijual secara terbuka punca gejala sosial remaja

14th May, 2009
KENINGAU: Sama seperti pil pencegah kehamilan, kondom turut dijual secara terbuka di kaki-kaki lima daerah ini, membuktikan kebimbangan masya-rakat bahawa gejala sosial di kalangan anak remaja di sini semakin meruncing.
Apakah puncannya? Persoalan itu menjadi tandatanya rata-rata penduduk, pada ketika penguatkuasaan undang-undang kerap dilakukan.
Awal bulan ini sepasang pelancong antarabangsa yang singgah berehat di bandar kecil ini, dalam perjalanan menghadiri Pesta Kalimaran, mendakwa pil pencegah kehamilan dijual secara terbuka di sini, apa yang mereka sifatkan pendorong kepada gejala sosial di kalangan anak-anak remaja.
“Ia tidak berlaku di Eropah,” jelas pelancong itu yang turut terkejut kerana bahan berjadual itu diseludup di sebuah negara jiran.

Inilah masanya pihak berkuasa...polis...PBT...menjalankan tugas...memastikan bahan larangan seperti tidak dijual berleluasa...cegah sebelum parah...sebelum kegiatan membuang bayi seperti di Malaya yang semakin teruk...
...pada masa sama...NGO...aktivis dan masyarakat...serta badan agama...turut bekerjasama...demi memastikan keharmonian Sabah...kekal terprlihara...!

No comments: