Friday, May 22, 2009
Kondom, pil cegah kehamilan dijual secara terbuka punca gejala sosial remaja
KENINGAU: Sama seperti pil pencegah kehamilan, kondom turut dijual secara terbuka di kaki-kaki lima daerah ini, membuktikan kebimbangan masya-rakat bahawa gejala sosial di kalangan anak remaja di sini semakin meruncing.
Apakah puncannya? Persoalan itu menjadi tandatanya rata-rata penduduk, pada ketika penguatkuasaan undang-undang kerap dilakukan.
Awal bulan ini sepasang pelancong antarabangsa yang singgah berehat di bandar kecil ini, dalam perjalanan menghadiri Pesta Kalimaran, mendakwa pil pencegah kehamilan dijual secara terbuka di sini, apa yang mereka sifatkan pendorong kepada gejala sosial di kalangan anak-anak remaja.
“Ia tidak berlaku di Eropah,” jelas pelancong itu yang turut terkejut kerana bahan berjadual itu diseludup di sebuah negara jiran.
Inilah masanya pihak berkuasa...polis...PBT...menjalankan tugas...memastikan bahan larangan seperti tidak dijual berleluasa...cegah sebelum parah...sebelum kegiatan membuang bayi seperti di Malaya yang semakin teruk...
...pada masa sama...NGO...aktivis dan masyarakat...serta badan agama...turut bekerjasama...demi memastikan keharmonian Sabah...kekal terprlihara...!
Saturday, April 25, 2009
Aktivis pendidikan desak kementerian ‘bedah siasat’
KENINGAU: Seorang aktivis pendidikan Garius Pukin mendesak Ke-menterian Pelajaran Malaysia, supa-ya mengadakan ‘bedah siasat’ untuk mencari punca kenapa kadar murid ke peralihan Tingkatan 1 (Satu), yang tidak tahu membaca dan menulis semakin meningkat di kawasan Tran Pegalan.
Garius berkata, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini statistik menunjukkan pertambahan peningkatan murid peralihan, yang tidak boleh membaca dan menulis amat membimbangkan.
Katannya, statistik dari Tahun 2004 hingga 2009 sekurang-kurangnya 40 murid dikenal pasti tidak tahu membaca dan menulis.
wakaka....inilah masalah kalau guru bepolitik...inda mengajar...guru besar inda datang sekolah..wakaka...ini belum lagi guru diberi kebenaran bepolitik...kalau dibagi lagilah...sampai tua la budak inda tahu membaca...wakaka
Friday, April 3, 2009
Kekurangan rumah guru di SK Simbuan paling kritikal
KENINGAU: Kekurangan rumah guru di SK Simbuan ditahap paling kritikal, menyaksikan ia kini memberi tekenan serius kepada tenaga pengajar, untuk memberikan per-khidmatan yang terbaik murid-murid sekolah itu.
Pengerusi PIBG sekolah itu Joseph Situl ketika mendedahkan perkara itu kepada media berkata, sejak tahun 1984 masalah kekurangan rumah guru di sekolah itu telah berulang dikemu-kakan, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang petunjuk positif, menunjukkan masalah itu akan berakhir.
SK Simbuan terletak kira-kira 40 Km dari sini – mempunyai seramai 16 tenaga pengajar terlatih, namun ke-pakaran mereka tidak sepenuhnnya dapat dicurahkan kepada anak bangsa, disebabkan guru-guru malang itu se-dang bergelut dengan tekanan tempat tinggal.
wakaka...ha ini untuk hishamuddin keris...sebelum sibuk urus pasal lain...bagus kau urus guru-guru tinggal di kandang kambing ni...wakaka...macamanalah mau maju...pelajar luar bandar mau jadi pandai...pandai cakap orang putih...kalau guru indada motivasi...rumah pun inda baketentuan...wakaka
Thursday, April 2, 2009
Pedalaman Sabah perlu banyak asrama
KENINGAU: Sabah memerlukan lebih banyak asrama buat pelajar-pelajar sekolah menengah terutama di kawasan pedalaman bagi menangani masalah ponteng kelas.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Angin berkata beliau percaya ketiadaan asrama bagi pelajar luar bandar yang tinggal jauh dari sekolah adalah antara punca kepada masalah ponteng.Katanya masalah ponteng turut membawa kepada masalah yang lebih serius seperti pelajar keciciran dan ketinggalan dalam akademik, yang rata-ratanya dikaitkan dengan pelajar luar bandar
wakaka..orang pedalaman ni kalau diberi peluang...boleh juga diorang kasi maju diri...kasi cemerlang akedemik...so, kemudahan mestilah dibagi...janganlah asyik bertumpu di bandar...contohnya, macamana mau maju kalau mau pigi sekolah pun jalan grabel...kemudahan asas inda sempurna...jadi jangan cakap saja...sekarang orang mau tengok tindakan...wakaka
Wednesday, March 25, 2009
YB slams irresponsible contractors
KENINGAU: The State Development Office has been asked to take action against contractors who fail to meet the required work specifications when implementing projects here.
Bingkor state assemblyman, Justin Guka, said on Wednesday that he was making this call in response to many complaints he had received about the contractors’ work quality.
“I’m very disappointed about this and I hope the SDO will send staff to monitor the projects which are being implemented in my area,” he said.
wakaka...hello mr justin...macamana mau cantik kerja...10% untuk yb...10% untuk pejabat daerah...10% untuk sdo...tinggal 70%...itupun kontrektor mau untung 40%...tinggal 30% untuk bikin kerja...wakaka
Jangan jual tanah untuk dapat wang segera
KENINGAU: Penduduk tempatan di daerah ini dinasihatkan supaya tidak menjual tanah mereka dengan sewenang-wenangnya, bagi tujuan untuk mendapatkan wang segera.
Nasihat itu dibuat oleh mantan Timbalan Speakar Dewan Undang Negeri Sabah, Datuk John Angian dalam satu wawancara eksklusif di sini pada Rabu.
John berkata, mendapatkan sebidang tanah melalui satu perjuangan yang amat sukar, dan ia tidak sewajarnnya dijual hanya kerana untuk mendapatkan wang segera.
wakaka...ini siapa badigol ni...rakyat jual tanah untuk hidup...beli beras ikan sama sayur...macamanalah pula sama pemimpin kontrol ribu-ribu ekar...lepas tu kasi pajak sama cina sarawak...tanam kelapa sawit...guna buruh indon...lagi lah palui...wakaka
Tuesday, March 10, 2009
Percepat bina Skim Bantuan Rumah mangsa banjir, kata Kurup
KENINGAU: Timbalan Menteri Kema-juan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup menggesa pembinaan Skim Bantuan Rumah melibatkan mangsa bencana banjir atau bencana alam disegerakan.
Katanya, bantuan rumah itu amat penting bagi rakyat yang telah kehilangan tempat tinggal dan perlu dibantu supaya mereka memiliki rumah semula.
Kurup berkata penerima bantuan rumah melalui skim berkenan di bawah KKLW yang disalurkan ke Pejabat Daerah telah dikenalpasti dan pembinaan itu perlu di-segerakan memandangkan kebanyakan mangsa yang terlibat menumpang di rumah saudara dan ada yang tinggal sementara di balai raya.
“Percepat pembinaan ini, buat dengan segera,” gesa Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan di majlis pen-yampaian sumbangan berupa wang tunai kepada 86 keluarga mangsa banjir di Kampung Pagalungan Ansip di sini kelmarin.
wakaka...hai kurup...kalau kau macam ni dari dulu kan inda marah si andipai tu...kompom kau menang tanpa tanding...tapi itulah kau..dulu inda melawat kawasan...siok2 kau di kk...sekarang siok kau di kl...itu pasal orang pensiangan marah...wakaka
wakaka...lain kali...kau bertugas bagus2...lepas ini...itu pun kalau menang pilihanraya nanti...wakaka...kalau inda menang pigilah potong getah...wakaka
Saturday, March 7, 2009
Penduduk bimbang bilangan penjual rokok haram meningkat
Bilangan penjual rokok haram yang semakin bertambah di Pekan Keningau menimbulkan kerisauan para penduduk.
GS ketika menghubungi Actionline berhubung perkara itu berkata, aduan sudah dibuat tetapi masih belum mampu meleraikan kebimbangan mereka.
Menurutnya, saban hari ada sahaja penjual rokok berniaga di kawasan-kawasan tertentu termasuklah tokong, panggung wayang dan juga tempat letak kereta.
Malah adunya, bilangan mereka juga ramai sehingga menyebabkan keselesaan penduduk tergangu dengan kehadiran penjual ini. Dan apa yang paling membimbangkan juga adalah kelakuan penjual-penjual rokok terbabit
Wakaka...Oi GS itu penjual rokok haram apa bangsa...orang dusun ka atau orang murut...kalau orang dusun apasal kau bising-bising...wakaka
Kasi biar saja durang...biar keningau jadi macam manila atau jakarta...wakaka
Tuesday, February 24, 2009
Peruntukan RM80j untuk bina ‘laluan lebuh raya’ Keningau
23rd February, 2009
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno berkata, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan kira-kira RM80 juta untuk mengatasi kesesakan jalan raya di kawasan bandar Keningau.
Katanya, peruntukan itu yang akan digunakan untuk membina ‘laluan lebuh raya’, serta menaik taraf beberapa bahagian yang menyukarkan perhubungan ke Bandar itu, diperolehi melalui surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangani oleh semua wakil-wakil rakyat di kawasan pedalaman.
“Inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di sini,” katannya ketika ditemuramah oleh Keningau FM yang disiarkan secara langsung.
kah kah kah.. kan kau tengok ni gaman...80 juta...uii na banyak tu...berapa Sairin ni dapat?...Keningau ni macam Kl dia punya sesak sampai mau bina lebuhraya...oi Sairin kasi bikin dulu karan untuk orang kampung di Keningau...ngook la kau ni!