Thursday, May 27, 2010

UMNO BERSATU

1.SANDAKAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengingatkan ahli-ahli Umno di negeri ini bahawa prasyarat untuk terus diterima rakyat ialah memperkasakan semangat bersatu dan mengukuhkan perpaduan.

2.SIPITANG: Kekuatan Umno tidak akan mampu dipertahankan jika anggotanya terus bertelagah dan memilih untuk berpecah.

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Umno kekal sehingga kini disebabkan kesetiaan yang kebal dalam sanubari anggotanya.

Bagaimanapun, katanya, kesetiaan itu mampu tergugat jika anggota parti enggan untuk menyelesaikan masalah yang ada dan memilih untuk terus bertelagah.

BANAR-BANAR AHLI DISURUH BERSATU, PEMIMPIN SAJA BOLEH BERTELAGAH, BOLEH BERLAWAN. CUBA TANYAKAN MUSA VS SHAFIE, SAPAWI VS DR YUSOF, ANIFAH VS KARIM, RUBIN VS RIZALMAN, MUSBAH VS SALLEH....


Wednesday, May 27, 2009

Tiada pilih kasih

26th May, 2009

SIPITANG: Rakyat khususnya di luar bandar tidak harus merasa bimbang kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menafikan kawasan itu dalam usaha menjadikan negara membangun dan maju.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata BN tidak mengamalkan sikap pilih kasih.

“Bagi kita adalah penting setiap pembangunan yang dilaksanakan dan kemajuan yang dicapai dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh,” kata-nya pada majlis kesyukuran kemenangan BN di daerah mengundi Mendu-long dan program pemimpin turun padang di sini kelmarin.

wakaka...memang kerajaan inda pilih kasih...itu sebab orang kampong dapat jalanraya inda berabuk...paip ada air keluar...dapat karan...tiang letrik macam di jalan kepayan...wakaka

wakaka...memang semua rakyat dapat kemajuan...macam di kampong...inda payah susah-susah potong getah...tangkap ikan...semua dapat projek segera...semua orang dapat bikin kalbut...bikin bus stop 3,000...lepas tu kambing duduk masa hujan...wakaka

hai datuk...sudah satu tahun masih ada majlis kesyukuran kemenangan bn...wakaka...lawaklah kau ni datuk...wakaka

Senang Hati Rakyat

19th May, 2009

KOTA KINABALU: Projek Lingkaran Luar Kota Kinabalu fasa dua yang dimeterai kelmarin antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Konsortium YBS Tenaga-Global Globe Sdn Bhd bakal memperkukuhkan kestabilan, kualiti dan sekuriti bekalan elektrik di sini dan kawasan sekitarnya.

Projek bernilai RM149 juta ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan, kata Pengarah Urusan SESB Ir Baharin Din.

wakaka...baca berita ini senang hati rakyat...rumah indada karan boleh sudah kasi wiring...wakaka...tapi jangan dulu...ini kawasan bandar saja...kawasan kampung tunggu dulu..wakaka

wakaka... orang kampong inda mampu bayar karan...jadi pakailah pelita minyak gas...orang bandar mampu bayar karan...sebab itu mau dikasi kemudahan cukup-cukup...wakaka...tunggulah kau orang kampung kucing bertanduk lima..baru karan sampai di kampong kau bah..wakaka

LEBIH SEPARUH SUDAH BELANJA

27th May, 2009

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi negeri ini adalah pada tahap 54.90 peratus sehingga 30 April tahun ini.

Beliau berkata, sejumlah RM10.656 bilion telah dibelanjakan daripada jumlah RM19.410 bilion peruntukan pembangunan dalam RMK-9.

“Bagi suku pertama tahun ini, iaitu sehingga 30 April lalu sebanyak RM580 juta atau (hampir 16.5 peratus ) dibelanjakan daripada RM3.5 bilion peruntukan dalam RMK-9 untuk tahun ini,” katanya kepada pemberita pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innoprise, di sini kelmarin.

wakaka..harap sudah dibelanja tepat ke sasaran...bukan setakat buat projek kasi kaya kroni...dengar cerita ada benggali dapat projek luar bandar sampai 370,000...lepas tu jual sama jkkk...tolak sana tolak sini...adalah 50% dibelanja buat projek..50% lagi bayar di atas sama untung atas angin...wakaka

wakaka...rakyat dapat apa...dapatlah jalanraya kena tabur batu 2-3 lori...parit kasi bersih...ada juga inda kena bikin...claim saja...wakaka

Friday, May 22, 2009

Mintak Mahap!

Mintak mahap untuk semua peminat Sabahwatch...lama inda menulis...sibuk sedikit dengan banyak urusan...sambil ada out station yang inda membolehkan menulis.
Kemahapan dipohon...

Kondom, pil cegah kehamilan dijual secara terbuka punca gejala sosial remaja

14th May, 2009
KENINGAU: Sama seperti pil pencegah kehamilan, kondom turut dijual secara terbuka di kaki-kaki lima daerah ini, membuktikan kebimbangan masya-rakat bahawa gejala sosial di kalangan anak remaja di sini semakin meruncing.
Apakah puncannya? Persoalan itu menjadi tandatanya rata-rata penduduk, pada ketika penguatkuasaan undang-undang kerap dilakukan.
Awal bulan ini sepasang pelancong antarabangsa yang singgah berehat di bandar kecil ini, dalam perjalanan menghadiri Pesta Kalimaran, mendakwa pil pencegah kehamilan dijual secara terbuka di sini, apa yang mereka sifatkan pendorong kepada gejala sosial di kalangan anak-anak remaja.
“Ia tidak berlaku di Eropah,” jelas pelancong itu yang turut terkejut kerana bahan berjadual itu diseludup di sebuah negara jiran.

Inilah masanya pihak berkuasa...polis...PBT...menjalankan tugas...memastikan bahan larangan seperti tidak dijual berleluasa...cegah sebelum parah...sebelum kegiatan membuang bayi seperti di Malaya yang semakin teruk...
...pada masa sama...NGO...aktivis dan masyarakat...serta badan agama...turut bekerjasama...demi memastikan keharmonian Sabah...kekal terprlihara...!

Elak ada rakyat rasa terpinggir: Sapawi

17th May, 2009
BEAUFORT: Elak daripada adanya rakyat di kawasan masing-masing merasa terpinggir dari sebarang program yang dianjurkan.
Itulah nasihat Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung pada majlis penutupan program gotong-royong, bumi hijau dan cinta alam di Kampung Teratak Padas Damit dekat sini kelmarin.
Beliau berkata setiap program yang hendak dilaksanakan dipastikan melibatkan rakyat seca-ra menyeluruh khususnya generasi muda.

wakaka...ada jua program datuk di kawasan...dengarku dangan bepada datuk atu sibuk banar...jarang banar masuk kawasan...sampai banjir pun inda sampat belawat...menteri pun sampat jua...ani baru MP...sudah tah sombong banar...nya dangan atu...wakaka