Wednesday, May 27, 2009

Tiada pilih kasih

26th May, 2009

SIPITANG: Rakyat khususnya di luar bandar tidak harus merasa bimbang kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menafikan kawasan itu dalam usaha menjadikan negara membangun dan maju.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata BN tidak mengamalkan sikap pilih kasih.

“Bagi kita adalah penting setiap pembangunan yang dilaksanakan dan kemajuan yang dicapai dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh,” kata-nya pada majlis kesyukuran kemenangan BN di daerah mengundi Mendu-long dan program pemimpin turun padang di sini kelmarin.

wakaka...memang kerajaan inda pilih kasih...itu sebab orang kampong dapat jalanraya inda berabuk...paip ada air keluar...dapat karan...tiang letrik macam di jalan kepayan...wakaka

wakaka...memang semua rakyat dapat kemajuan...macam di kampong...inda payah susah-susah potong getah...tangkap ikan...semua dapat projek segera...semua orang dapat bikin kalbut...bikin bus stop 3,000...lepas tu kambing duduk masa hujan...wakaka

hai datuk...sudah satu tahun masih ada majlis kesyukuran kemenangan bn...wakaka...lawaklah kau ni datuk...wakaka

Senang Hati Rakyat

19th May, 2009

KOTA KINABALU: Projek Lingkaran Luar Kota Kinabalu fasa dua yang dimeterai kelmarin antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Konsortium YBS Tenaga-Global Globe Sdn Bhd bakal memperkukuhkan kestabilan, kualiti dan sekuriti bekalan elektrik di sini dan kawasan sekitarnya.

Projek bernilai RM149 juta ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan, kata Pengarah Urusan SESB Ir Baharin Din.

wakaka...baca berita ini senang hati rakyat...rumah indada karan boleh sudah kasi wiring...wakaka...tapi jangan dulu...ini kawasan bandar saja...kawasan kampung tunggu dulu..wakaka

wakaka... orang kampong inda mampu bayar karan...jadi pakailah pelita minyak gas...orang bandar mampu bayar karan...sebab itu mau dikasi kemudahan cukup-cukup...wakaka...tunggulah kau orang kampung kucing bertanduk lima..baru karan sampai di kampong kau bah..wakaka

LEBIH SEPARUH SUDAH BELANJA

27th May, 2009

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi negeri ini adalah pada tahap 54.90 peratus sehingga 30 April tahun ini.

Beliau berkata, sejumlah RM10.656 bilion telah dibelanjakan daripada jumlah RM19.410 bilion peruntukan pembangunan dalam RMK-9.

“Bagi suku pertama tahun ini, iaitu sehingga 30 April lalu sebanyak RM580 juta atau (hampir 16.5 peratus ) dibelanjakan daripada RM3.5 bilion peruntukan dalam RMK-9 untuk tahun ini,” katanya kepada pemberita pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innoprise, di sini kelmarin.

wakaka..harap sudah dibelanja tepat ke sasaran...bukan setakat buat projek kasi kaya kroni...dengar cerita ada benggali dapat projek luar bandar sampai 370,000...lepas tu jual sama jkkk...tolak sana tolak sini...adalah 50% dibelanja buat projek..50% lagi bayar di atas sama untung atas angin...wakaka

wakaka...rakyat dapat apa...dapatlah jalanraya kena tabur batu 2-3 lori...parit kasi bersih...ada juga inda kena bikin...claim saja...wakaka

Friday, May 22, 2009

Mintak Mahap!

Mintak mahap untuk semua peminat Sabahwatch...lama inda menulis...sibuk sedikit dengan banyak urusan...sambil ada out station yang inda membolehkan menulis.
Kemahapan dipohon...

Kondom, pil cegah kehamilan dijual secara terbuka punca gejala sosial remaja

14th May, 2009
KENINGAU: Sama seperti pil pencegah kehamilan, kondom turut dijual secara terbuka di kaki-kaki lima daerah ini, membuktikan kebimbangan masya-rakat bahawa gejala sosial di kalangan anak remaja di sini semakin meruncing.
Apakah puncannya? Persoalan itu menjadi tandatanya rata-rata penduduk, pada ketika penguatkuasaan undang-undang kerap dilakukan.
Awal bulan ini sepasang pelancong antarabangsa yang singgah berehat di bandar kecil ini, dalam perjalanan menghadiri Pesta Kalimaran, mendakwa pil pencegah kehamilan dijual secara terbuka di sini, apa yang mereka sifatkan pendorong kepada gejala sosial di kalangan anak-anak remaja.
“Ia tidak berlaku di Eropah,” jelas pelancong itu yang turut terkejut kerana bahan berjadual itu diseludup di sebuah negara jiran.

Inilah masanya pihak berkuasa...polis...PBT...menjalankan tugas...memastikan bahan larangan seperti tidak dijual berleluasa...cegah sebelum parah...sebelum kegiatan membuang bayi seperti di Malaya yang semakin teruk...
...pada masa sama...NGO...aktivis dan masyarakat...serta badan agama...turut bekerjasama...demi memastikan keharmonian Sabah...kekal terprlihara...!

Elak ada rakyat rasa terpinggir: Sapawi

17th May, 2009
BEAUFORT: Elak daripada adanya rakyat di kawasan masing-masing merasa terpinggir dari sebarang program yang dianjurkan.
Itulah nasihat Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung pada majlis penutupan program gotong-royong, bumi hijau dan cinta alam di Kampung Teratak Padas Damit dekat sini kelmarin.
Beliau berkata setiap program yang hendak dilaksanakan dipastikan melibatkan rakyat seca-ra menyeluruh khususnya generasi muda.

wakaka...ada jua program datuk di kawasan...dengarku dangan bepada datuk atu sibuk banar...jarang banar masuk kawasan...sampai banjir pun inda sampat belawat...menteri pun sampat jua...ani baru MP...sudah tah sombong banar...nya dangan atu...wakaka

Kementerian mungkin putuskan Kampung Muslim tidak lagi dijadikan penempatan

18th May, 2009
LABUAN: Kementerian Wilayah Perseku-tuan akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penempatan Kampung Muslim yang terbakar baru-baru ini tidak lagi di jadikan tapak penempatan sementara pelarian Fili-pina Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR).
Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerianya bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mencari tapak baru yang lebih seseuai untuk menggantikan penempatan kampung Muslim.

wakaka...baguslah datuk cepat-cepat bertindak sebelim durang bikin rumah balik...kerajaan sabah...bila mau tutup UNHCR kinarut pula....atau kasi biar durang...jadi pot jual syabu?...wakaka

Masalah setinggan di Sabah akan diatasi segera

19th May, 2009
KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha memastikan masalah setinggan di negara ini khususnya di Sabah dapat diatasi dengan segera.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi mengatasi masalah setinggan di negeri ini.
“Penambahan peruntukan itu adalah bagi ka-wasan setinggan yang didiami masyarakat bumiputera Sabah dan bukannya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Wakaka...mau atasi masalah setinggan...pigi tengok di KK la datuk...sana kawasan bakau dekat likas...hari ini kasi roboh...lusa sudah palipin kasi naik balik...apa puncanya?...
masalah ini indakan selesai...selagi permintaan buruh kepada PTI ini inda dikasi berhenti...durang sanggup bergaji murah...tiada epf...tiada perkeso...taukeh pun suka kalau imigresen ambush...inda payah bayar gaji...wakaka

Monday, May 4, 2009

Musa mahu 1Malaysia dihayati

SEMPORNA: Ketua Men-teri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru agar semua pihak terutama pemimpin dan penjawat awam menghayati sepenuhnya konsep 1Malaysia, Rakyat Didahu-lukan, Pencapaian Diutama-kan yang diilhamkan Per-dana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penghaya-tan dan komitmen bagi men-terjemahkan konsep 1Malay-sia adalah perlu bagi memastikan kejayaan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
“Rakyat merupakan pe-langgan utama kerajaan dan oleh itu mereka berhak mendapatkan yang terbaik daripada perkhidmatan kerajaan.

wakaka...mau dihayati macamana tu datuk...dihayati ni macam makan kuih pau ka..atau minum montoku...wakaka
rakyat berhak mendapatkan yang terbaik daripada perkhidmatan kerajaan...jangan cakap banyak datuk...cuba pigi jabatan tanah...tunggu berapa lama mau tunggu urus tukar nama tanah sendiri...atau pigi jabatan lain...mau jumpa bos tunggu dari pagi sampai tengahari...belum tentu jumpa...last kena suruh datang besok...alasan dibagi mesyuarat...macam ini 1malaysia...wakaka

Desakan minta Raymond Tan letak jawatan dihentikan: TPM

3rd May, 2009
MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pe-ngerusi BN untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Perdana Menteri akan ke Sabah (pada Isnin), sudah semestinya perkara itu akan dibincangkan. Saya tahu ada perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, namun usaha-usaha desakan perlulah dihentikan.

“Serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan perkara itu akan dapat diselesaikan, tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini kelmarin

wakaka...mana ada dalam sejarah orang indada parti jadi TKM...kalau berani letak Ibrahim Ali jadi TPM ganti Muhyiddin...wakaka...
kita desak supaya cara ini dibetulkan...bukan inda percaya...sudah diserah semasa KM...tapi oleh kerana dia ni inda bijak...kita desaklah...ni apa hal sampai mau setengah tahun inda masuk mana-mana parti..wakaka...ingat telampau kuat kah....wakaka

Belia disaran fahami konsep 1Malaysia

3rd May, 2009

KOTA KINABALU: Golongan belia disaran su-paya berusaha memahami konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kepimpinan negara.
Exco Penerangan Negeri Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata konsep yang diperkenalkan itu salah satu tujuannya ialah untuk memperkukuh dan mempermantapkan persefahaman serta perpaduan antara kaum di kalangan rakyat negara ini.

Wakaka...selagi BN...sekolah ikut kaum...berita tv ikut bahasa kaum sendiri...1 malaysia ni jadi retorik...untuk tarik pengundi sajalah...wakaka...satu mau tanya sama datuk ni...datuk sudah faham kah 1 malaysia ni?...atau masih ikut kaum kedayan brunei lundayeh murut cina...wakaka

Sunday, April 26, 2009

Ahli Umno perlu terus bersatu padu, kata Musa

19th April, 2009

TAWAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan ahli-ahli Umno di negeri ini supaya terus bersatu-padu supaya Umno Sabah bukan sahaja disegani, tetapi terus dapat menyumbang kepada kekuatan parti dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga melahirkan rasa gembiranya kerana para perwakilan dari negeri ini bukan sahaja berjaya meraih pelbagai jawatan di dalam Pemilihan Agung Umno, malah turut diberi kepercayaan menjawat jawatan penting di dalam Kabinet Persekutuan.

wakaka..bersatu....yalah latuk...bersatu sesama kaum sendiri...untuk kasi kaut kekayaan sabah...kasi masuk poket sendiri...wakaka

kita tunggu apa lajim...salleh...shafie...ghapur...karim bujang... cakap pasal ini bersatu...wakaka...bersatulah sama anipah...japlin...zakaria shamsudin drebar teksi...wakaka

Saturday, April 25, 2009

Masalah sekolah luar bandar di Sabah akan diatasi segera

SEMPORNA: Masalah sekolah luar bandar di Sabah termasuk yang melibatkan pe-rumahan guru akan diatasi secepat mungkin bagi menyediakan pembelajaran yang selesa kepada pelajar serta persekitaran kondusif untuk guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.

“Sejak empat hari saya be-rada di Sabah termasuk di San-dakan, Kinabatangan, Sempor-na dan Tawau saya melihat terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah luar bandar di sini.

“Antara yang paling jelas ialah tentang kemudahan bilik darjah. Ada bilik darjah yang terlalu daif dan tidak dapat di-gunakan dan ada rumah-rumah guru yang terlalu menyedih-kan.

wakaka...baguslah kalau kau nampak...menteri yang dulu-dulu inda nampak...asyik cium keris saja...wakaka...cuma harapnya ini bukan retorik...untuk minta sokongan...biar ada tindakan konkrit...masalah pendidikan sabah dapat diatsi segera...kasihan cikgu-cikgu tinggal di kandang kambing @ reban ayam!..wakaka

kalau kau sedih...kami lagi sedih...tengok anak kami belajar di sekolah inda bagus...macam di palestin...kalau mau harap YB kami...diorang asyik cari projek kasi masuk poket saja...wakaka

Aktivis pendidikan desak kementerian ‘bedah siasat’

KENINGAU: Seorang aktivis pendidikan Garius Pukin mendesak Ke-menterian Pelajaran Malaysia, supa-ya mengadakan ‘bedah siasat’ untuk mencari punca kenapa kadar murid ke peralihan Tingkatan 1 (Satu), yang tidak tahu membaca dan menulis semakin meningkat di kawasan Tran Pegalan.

Garius berkata, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini statistik menunjukkan pertambahan peningkatan murid peralihan, yang tidak boleh membaca dan menulis amat membimbangkan.

Katannya, statistik dari Tahun 2004 hingga 2009 sekurang-kurangnya 40 murid dikenal pasti tidak tahu membaca dan menulis.

wakaka....inilah masalah kalau guru bepolitik...inda mengajar...guru besar inda datang sekolah..wakaka...ini belum lagi guru diberi kebenaran bepolitik...kalau dibagi lagilah...sampai tua la budak inda tahu membaca...wakaka


Tuesday, April 21, 2009

DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

20/04/2009 3:48pm

KOTA KINABALU 20 April — Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dikekalkan sebagai pemimpin negeri.
Beliau berkata ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.
“Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.
“Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun.

Wakaka...ini sudah bagus...kalau sudah dap pun sokong km...memang cukup bagus...wakaka...dap sokong...adun bn sudah pasti 200% sokong...adakah adun bn yang berani inda menyokong?...wakaka...hebat betul si musa aman ni...berapa dia bayar adun dap ni sokong dia...wakaka
Tapi jangan dulu...cuba check tanya adun umno...mp umno..tanya sama shafie...lajim...bung...ghapur..atau tanya salleh...tanya usbo...wakaka...diorang ni sokong jugakah?...wakaka...jangan tanya japlin sama anifah...kompom jawapan satu...sama macam dap..wakaka
lagi satu...kenapa tiba-tiba ada sokongan jangan ganti musa aman ni?...dia mau kena gantikah?...dia bukan kapal 1malaysia kah?...wakaka

Friday, April 17, 2009

Untungnya Si Japlin Akim

Mungkin tidak ramai yang mengenali YB Datuk Japlin Akim. Dia wakil rakyat kawasan Usukan dalam Parlimen Kota Belud. Pembantu Menteri Infrastruktur, penggal lalu di Kem. Pertanian.

Dalam parti, dia memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Sabah. Penggal lalu sebagai KP Kota Belud, dan kini selaku Naib Ketua Bahagian Kota Belud.

Sebelum Perhimpunan Agung Umno lalu dihukum gantung keahlian 3 tahun oleh Lembaga Displin gara-gara politik wang. Minggu lalu, disiasat oleh SPRM bersama seorang ahli perniagaan kerana kes rasuah.

Tahun 2004, Isa Samad melepaskan jawatan Naib Presiden Umno dan Menteri Wilayah Persekutuan kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang dan dihukum gantung keahlian 6 tahun.

Wakaka...untungnya menjadi Japlin Akim...tetap menjadi Pembantu Menteri walaupun sudah digantung keahlian...disiasat SPRM...kerana menjadi anak emas Musa Aman...apalah kelebihan si Japlin yang tiada sama orang lain...wakaka...kalau macam ni...kita pun mau jadi japlinlah...indada tindakan...walaupun rasuah..main duit beli undi...wakaka

Monday, April 13, 2009

Pelbagai pihak sokong iktiraf bangsa Bumiputera Sabah

12th April, 2009

KOTA KINABALU: Pelbagai pihak me-nyokong cadangan supaya kerajaan Perse-kutuan memberi pengiktirafan sewajarnya terhadap penduduk tempatan sebagai “bang-sa Bumiputera Sabah” dan bukan dikategorikan sebagai “lain-lain bangsa” dalam semua urusan atau borang pentadbiran kerajaan.

Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, menyokong cadangan itu ba-gaimanapun katanya perincian terhadap bangsa-bangsa di Sabah perlu dinyatakan dengan jelas untuk memudahkan pengenalan.

“Memang bangasa-bangsa yang ada di Sabah tidak digazetkan dalam perlembagaan. Oleh itu kerajaan perlu membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan.

wakaka...ini lagi satu datuk 'palui'...begitu banyak isu pengguna di sabah...dia mau cerita pasal bangsa...oi datuk...kasi turun harga ayam sama dengan semenenjung la...baru cerita lain...wakaka...lagi satu mau tanya...itu mirza bila mau kasi balik duit pelabur...sekarang memang sudah jadi banyak...sebab lama simpan...wakaka

Barisan Kabinet Najib diyakini

TAWAU: Barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diyakini mampu mencerminkan slogan pentadbirannya iaitu ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan.

Jika hasrat Presiden Umno itu dapat direalisasikan katanya, negara ini tentunya akan terus mengorak langkah ke hadapan seiring dengan arus globalisasi dunia, manakala rakyat pula dapat hidup selesa dan lebih baik dari sebelumnya.

“Ini kerana kita yakin anggota-anggota kabinet baru tersebut akan bekerja berdasarkan kehendak dan aspirasi rakyat, khasnya yang tinggal di kawasan luar bandar,” katanya.

wakaka...ini bunyi burung kakatua...burung ni kalau berbunyi dia akan ikut saja apa yang tuannya cakap...dia sendiri indada idea...burung kakatua ni mau bodeh @ mengampu...wakaka
macamana mau diyakini rakyat...ini bukan kabinet najib...ini kabinet dapur mahathir...kabinet mahafiraun...itu sebab sekarang kabinet ini dipanggil...KABINET MAHAJIB!...wakaka
apa punya burung....

Friday, April 10, 2009

Panduan Untuk Lajim Bung & MP Sabah...

wakaka...ini kita mau bagi tips...khusus untuk lajim...bung...sama mp sabah yang lain...kalau mau jadi menteri masa akan datang...kali ini inda boleh sudah...sudah penuh.
begini tips dia...kalau kena lantik jadi timbalan...jangan terima...bagi alasan munasabah...yang boleh orang percaya...pakai la alasan yang boleh pakai...masa sama kasi atur orang kasi psiko...kunun-kunun mau join pkr...mau lompat parti la katakan...
bukan betul-betul lompat...kasi gertak saja...supaya kl takut...
lepas tu hentamlah kerajaan...kiri...kanan..tengah...sapu semua...buat bising di dewan rakyat...gerenti kena pujuk...lepas tu...gerenti kena lantik menteri punya...wakaka...
tengok macam si nipah...inda payah tanding mt...inda payah sibuk-sibuk...kempen sana sini...keluar duit beli undi...dapat jadi menteri...kan siok...wakaka

KABINET BARU IALAH KABINET RAKYAT: NAJIB

10th April, 2009
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifat-kan barisan jemaah menteri yang diumumkan kelmarin sebagai kabinet rakyat.

Perdana Menteri berkata kriteria utama pelantikan mereka adalah dengan mengambil kira kepercayaan rakyat terhadap barisan jemaah ment-erinya.

“Dua prinsip utama dalam pembentukan Kabinet adalah parti dan rakyat, tetapi yang lebih penting akhirnya ialah rakyat kerana kita mahu mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kabinet baru,” kata beliau.

wakaka...kita harap najib kasi kota apa dia kata...jangan cakap retorik saja...untuk ambil hati rakyat...lastly janji tinggal janji...rakyat macam atu jua...wakaka
4 menteri dari sabah mesti kasi jalan tanggungjawab...terutama shafie...kau tu sudah menteri luar bandar...ini masa kau kasi maju negeri sabah...jangan ada lagi mandi sungai macam air milo...masih pakai lampu minyak gas...masih ikut jalan grabel...macam belum merdeka..
maximus sama dompok...pun sama...jangan senang hati saja...dapat elaun menteri...tengok2 juga rakyat yang mau pembelaan...
anifah...inda boleh buat apa-apa...dia menteri luar...kasi urus palestin saja la...wakaka...hello datuk...apa macam kau rasa...ok ka.. dapat sudah jadi menteri...ok bah kan...dulu kena bagi timbalan saja...mana siok kan...inda glamer..wakaka

Wednesday, April 8, 2009

Padan muka diorang!

wakaka...bn kalah di selambau dan gantang....memang padan la diorang kalah...asyik sombong dan bongkak...bergaya pakai kereta besat...hisap curut harga ratus-ratus...lupa nasib rakyat.

ke hulu ke hilir asyik tipu rakyat...banyak masa di padang golf daripada mndengar rintihan rakyat...datang masa pilihanraya bawa seribu janji...lepas pilihanraya hilang entah ke mana...kalau ditelefon...macam-macam alasan diberi...

hari ini rakyat kembali menghukum bn...biar diorang rasa dan insaf...bahawa negara ini bukan diorang saja yang punya...ini negara semua rakyat yang punya...

kasi chance la diorang di batan air...kasi maju batang air...sudah merdeka pun...masih ikut sungai macam zaman dulu-dulu...

sarawak ni serupa macam sabah...negeri kaya tapi penduduk miskin...kenapa?...wakaka...anda jawablah sendiri!

Monday, April 6, 2009

Tun Mahathir masuk Umno

Wakaka.. Baguslah orang tua ni sudah masuk balik umno. umno yang sudah parah akan bertambah parah lagi dengan kemasukan orang tua ini.

selepas 22 tahun perintah negara, masih belum mau puas lagi. mau lagi ikut campur urusan pentdbiran sampai abdullah badawi terpaksa letak jawatan. najib senyum sampai telinga dapat jadi presiden tanpa lawan, terus jadi pm dan sekarang tun pula sokong dia.


Tun masih belum menerima hakikat dia bukan pm lagi. sudah dibagi sama orang lain. sudah inda jadi pemimpin jadilah pengikut yang baik. bukan mau kasi pening orang lain. mau cakap sendiri saja kena ikut.

Awas najib jangan kau gembira sangat. ini tun kalau kau inda ikut cakap dia mati kau kena belasah macam dia belasah si badawi. kau kena hati-hati. ini bukan sokong sembarangan, pasti ada udang di sebalik mee.

Mengkali mau kasi masuk anak dia jadi menteri...supaya legasi dia tidak berakhir! Boleh bah kalau kau...

Saturday, April 4, 2009

Datuk Najib PM Baru

Harapan Sabahwatch kepada PM baru Malaysia supaya nasib rakyat bawahan di Sabah dapat dibela. Orang Sabah inda lagi melihat kemajuan hanya di kaca TV.

Kemudahan asas untuk rakyat Sabah seperti letrik, air, jalanraya dsb akan dapat disempurnakan. Selepas merdeka melalui Malaysia 36 tahun jangan ada lagi yang masih berpelita minyak tanah, minum air perigi, mandi air sungai yang macam air milo, melalui jalan grabel macam jalan angkut kayu balak.

Hak rakyat Sabah mendapatkan pendidikan sempurna, guru yang terlatih, bangunan yang cantik, kemudahan lain untuk kemajuan pelajar Sabah terutama di luar bandar.

Sabah negeri kaya dengan menyumbang minyak untuk kekayaan negara, sayangnya keadaan Sabah tidak menggambarkan kekayaannya. Masih ditakuk lama, masih ketinggalan dan masih mundur.

Harap semua perkara ini dapat dipandang dan diambil serius oleh Datuk Najib selepas ini. Bukan dijanji semasa pilihanraya, hilang dengan janji manis. Datang pilihanraya semula, janji ditabur lagi!

Friday, April 3, 2009

Kontraktor b-putera gagal siapkan projek ditegur

2nd April, 2009
SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menegur sikap kontraktor bumiputera di negeri ini yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan.
Katanya beliau sedih kerana mereka tidak komited sedangkan telah diberikan peluang untuk melaksanakan projek kerajaan.
“Kita telah memberi mereka ruang dan peluang untuk melaksanakan projek kerajaan tetapi mereka gagal memenuhi harapan itu. Ia merugikan rakyat dan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan Kompleks Taman Cahaya untuk Orang Buta di Pekan Muhibbah di sini.

wakaka...inda apa bah datuk...yang penting masyuk...kalau indada projek...siapa mau bagi 10% sama yb-yb kitani....susah nanti diorang...indada masyukkkkk...wakaka...biarlah inda siap projek...tahun depan dapat lagi...wakaka

Kekurangan rumah guru di SK Simbuan paling kritikal

3rd April, 2009
KENINGAU: Kekurangan rumah guru di SK Simbuan ditahap paling kritikal, menyaksikan ia kini memberi tekenan serius kepada tenaga pengajar, untuk memberikan per-khidmatan yang terbaik murid-murid sekolah itu.

Pengerusi PIBG sekolah itu Joseph Situl ketika mendedahkan perkara itu kepada media berkata, sejak tahun 1984 masalah kekurangan rumah guru di sekolah itu telah berulang dikemu-kakan, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang petunjuk positif, menunjukkan masalah itu akan berakhir.

SK Simbuan terletak kira-kira 40 Km dari sini – mempunyai seramai 16 tenaga pengajar terlatih, namun ke-pakaran mereka tidak sepenuhnnya dapat dicurahkan kepada anak bangsa, disebabkan guru-guru malang itu se-dang bergelut dengan tekanan tempat tinggal.

wakaka...ha ini untuk hishamuddin keris...sebelum sibuk urus pasal lain...bagus kau urus guru-guru tinggal di kandang kambing ni...wakaka...macamanalah mau maju...pelajar luar bandar mau jadi pandai...pandai cakap orang putih...kalau guru indada motivasi...rumah pun inda baketentuan...wakaka

Cadangan guru boleh berpolitik dengan bersyarat: Hishammuddin

3rd April, 2009
PULAU PINANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan ca-dangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang da-lam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.

“Cadangan saya itu bersyarat, se-mangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan Umno ia bermula dengan semangat guru-guru.
“Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas,” katanya.

wakaka..bayangkan kalau pegawai pelajaran daerah ikut berpolitik...mesti ramai ajk umno dapat kontrek...wakaka...sure boleh berpolitik sokong umno ja ni...kalau sokong yang lain inda boleh ni...wakaka...habis la budak-budak sekolah lepas ni...kecil-kecil lagi bawa keris pigi sekolah...wakaka

Lajim yakin Najib mampu laksana tugas pemimpin tertinggi

3rd April, 2009

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Ter-tinggi Umno Datuk Lajim Haji Ukin yakin Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara dan parti Umno yang menjadi teras kepada kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, kewibawaan serta pengalaman yang sedia ada, akan membantu beliau (Najib) yang baru sahaja dinobatkan sebagai Presiden Umno mengemudi negara ke era yang lebih cemerlang khususnya dalam pencapaian Wawasan 2020.

wakaka...wah datuk...bukan main lagi puji...membodek ka...ini mesti kes pok jadi menteri penuh ni...wakaka...kalau dapat full minister...jangan lupa belaja kopi o ah...wakaka

Thursday, April 2, 2009

Pedalaman Sabah perlu banyak asrama

31st March, 2009

KENINGAU: Sabah memerlukan lebih banyak asrama buat pelajar-pelajar sekolah menengah terutama di kawasan pedalaman bagi menangani masalah ponteng kelas.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Angin berkata beliau percaya ketiadaan asrama bagi pelajar luar bandar yang tinggal jauh dari sekolah adalah antara punca kepada masalah ponteng.Katanya masalah ponteng turut membawa kepada masalah yang lebih serius seperti pelajar keciciran dan ketinggalan dalam akademik, yang rata-ratanya dikaitkan dengan pelajar luar bandar

wakaka..orang pedalaman ni kalau diberi peluang...boleh juga diorang kasi maju diri...kasi cemerlang akedemik...so, kemudahan mestilah dibagi...janganlah asyik bertumpu di bandar...contohnya, macamana mau maju kalau mau pigi sekolah pun jalan grabel...kemudahan asas inda sempurna...jadi jangan cakap saja...sekarang orang mau tengok tindakan...wakaka

Kerajaan tidak nafi wujud gejala rasuah, kata Dompok

31st March, 2009

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menu-buhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

wakaka...baguslah kalau kerajaan sedar...memang banyak rasuah berlaku di kalangan kakitangan kerajaan...cuba check di jabatan pelajaran...pejabat daerah...sdo...dan banyak lagi jabatan lain....cuba fikir macamana nak hapuskan...kalau inda dapat...kasi minimise pun bolehlah...asal jangan ada ucapan...ADA FULUS SEMUA LULUS!...wakaka

Kejayaan cemerlang calon Sabah pada Perhimpunan Agung Umno satu penghargaan

31st March, 2009
KOTA KINABALU: Kejayaan cemerlang calon-calon dari Sabah menduduki barisan kepimpinan tertinggi Umno pada Perhim-punan Agung ke-59 tahun ini merupakan manifestasi dan apresiasi para perwakilan dari seluruh negeri terhadap sumbangan besar Umno Sabah pada pilihan raya umum yang ke-12, sebagai antara negeri penyumbang terbesar terhadap pembentukan kerajaan Barisan Nasional.

Kejayaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menduduki salah satu jawatan naib presiden diikuti kejayaan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Bung Moktar menduduki jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah cerminan sumbangan pemimpin Umno Sabah tidak diketepikan dalam usaha untuk memperkasakan penjenamaan kekuatan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.

wakaka...indada guna menang kalau indak boleh orang sabah yang jauh ketinggalan...kemudahan asas inda cukup...jalan grabel...minum air perigi...pakai lampu minyak gas...keadaan macam belum merdeka...ini menjadi cabaran kepada pemimpin yang menang supaya dapat memperjuangkan nasib rakyat...selain berjuang untuk perut sendiri sama kroni...wakaka

Monday, March 30, 2009

Puteri Umno diingat jaga maruah diri dan parti

26th March, 2009


KUALA LUMPUR: Datuk Noraini Ahmad, yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno kerana me-lebihi had umur keanggotaan sayap Um-no itu, mengingatkan anggotanya supaya memilih barisan pemimpin yang mampu menerajui pergerakan itu bagi menghadapi cabaran politik masa kini.


“Kita harus memilih pemimpin yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti, tolak pemimpin yang tidak bermoral dan mengamalkan politik wang.


“Jaga maruah diri, jaga maruah Puteri, jaga maruah parti. Jangan jual dan calar-kan imej Puteri

Umno, jangan cemarkan nama baik Puteri,” kata Noraini, 41, dalam ucapan dasar terakhirnya pada persidangan perwakilan Puteri Umno di Dewan Mer-deka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini kelmarin.

wakaka...adakah lagi maruah puteri umno ni yang mau dijaga?...wakaka...atau maruah diorang ni sudah dijual di tepi jalan...di tepi longkang...sudah jual sama pemuda umno...wakaka

Pemuda Umno ikrar tentang habis-habisan petualang bangsa

26th March, 2009


KUALA LUMPUR: Pemuda Umno kelmarin mengambil ketetapan menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh ‘petualang bangsa’ dan berikrar mempertahankan kedaulatan negara.


Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.


“Kita tidak akan membiarkan sama sekali tiang-tiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2008 di sini kelmarin.

wakaka...siapa yang petualang ni...orang yang dapat projek juta-juta...lepas tu jual sama cina...dia duduk di kerusi malas sambil kira komisyen...itu bukan petualangkah?...wakaka...ataupun orang yang cium keris...tapi masa bagi projek juta-juta sama kroni...itu bukan petualangkah?...wakaka...lucu sungguh minah keris ni....

Wanita umno mahu ketuanya automatik sebagai Menteri

26th March, 2009


KUALA LUMPUR: Persidangan perwakilan pergerakan Wanita Umno kelmarin meluluskan usul supaya ketua pergerakan itu dilantik secara automatik sebagai menteri atau diberi tempat dalam Kabinet.


Usul yang diluluskan tanpa bahas itu dikemukakan oleh empat bahagian iaitu Kangar, Besut, Bagan Serai dan Kuala Terengganu.


Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bagan Serai Asmah Ramli semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita pada persidangan hari ini turut mencadangkan supaya 30 peratus jawatan menteri dan timbalan menteri diberikan kepada wanita.

wakaka...automatik jadi menteri...wakaka...camana mau lantik kalau orang kalah pilihanraya...wakaka...ramai lagi wanita yang menang bah...kenapa mesti ketua...wakaka...kalau ya pun mau minta puji...padan-padanlah...wakaka

Wednesday, March 25, 2009

GENUINE LEADERS

2nd March, 2009


KOTA KINABALU : Chief Minister Datuk Seri Musa Aman urged Umno delegates to elect genuine leaders who will serve the people and party to the the Supreme Council.


He said despite the contest,Umno leaders should be united and strong so that the party would remain relevant and acceptable to the people.


“Like what past leaders used to say,what’s important is our struggle for the party to ensure that Barisan Nasional (BN) continues to lead the federal and state governments,” he said after a meeting with Umno Supreme Council candidates for the party elections later this month.
wakaka...genuine leaders?...apa binatang ni?...serupa dengan musang ka? ...wakaka...genuine leaders ni ertinya...pandai bagi duit sama perwakilan...wakaka
...menang mt umno berapa duit habis datuk?..wakaka...indak apa datuk banyak lagi harta sabah mau dikebas kasi tutup itu rugi...wakaka

Hospital : Wisma Khidmat not practical

13th March, 2009


KOTA KINABALU : The proposed taking over of the deserted Wisma Khidmat by the State Government to convert it into a general hospital may not be a practical one nor a wise decision, said Sabah Progressive Party (SAPP) information chief Chong Pit Fah.


He described the proposal as ill-conceived,short sighted and flip-flop.
“The Khidmat Building has been vacated for reasons best known to its owner and previous occupants.


“In the first place,the building was not designed for the purpose of a hospital and is located in a very awkward location with very limiter parking space,” he said in a statement yesterday.

wakaka...mr chong cuba ko pigi check...ini bangunan wisma khidmat siapa yang punya...siapa nama dia...mesti diorang punya...itu pasal diorang kasi cadang jadi rumah sakit ni...supaya ada income masuk...wakaka...
wakaka...bagus punya idea...buat agreement 15 tahun...senang jadi kaya...wakaka

4-D SYNDICATE SMASHED

4th March, 2009


TAWAU: An illegal 4-D syndicate which rakes in more than RM1.2 million a month has been smashed by police here.


A 16-year-old female student who just earned her first paycheck of RM700 from the syndicate was among 14 suspects arrested during the swoop on Saturday.


Police who described the syndicate as the biggest known in the State said the syndicate was operating from a house in Taman Amanah, here.

wakaka...hairan bin ajaib...di tawau polis boleh tangkap sindiket judi haram ni...tapi di tempat lain...di kampun-kampung sindiket ni tatap berjalan macam biasa...yang kasian orang kampung...orang kita juga...beli nombor rm1...mimpi mau jadi jutawan...wakaka
...yang kaya siapa?...mengkali sindiket ni indak bayar cukai kepala di tawau...itu sebab kena tangkap...wakaka

YB slams irresponsible contractors

23rd March, 2009


KENINGAU: The State Development Office has been asked to take action against contractors who fail to meet the required work specifications when implementing projects here.


Bingkor state assemblyman, Justin Guka, said on Wednesday that he was making this call in response to many complaints he had received about the contractors’ work quality.


“I’m very disappointed about this and I hope the SDO will send staff to monitor the projects which are being implemented in my area,” he said.

wakaka...hello mr justin...macamana mau cantik kerja...10% untuk yb...10% untuk pejabat daerah...10% untuk sdo...tinggal 70%...itupun kontrektor mau untung 40%...tinggal 30% untuk bikin kerja...wakaka

Full electricity supply for Tambunan soon

3rd March, 2009

TAMBUNAN: Tambunan will enjoy 100 per cent electricity supply when rural electrification projects are completed in three villages in the district soon, said Sabah Deputy Chief Minister Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

He said the villages – Kampung Widu, Kampung Tiong and Kampung Pialungan – will get electricity supply using the solar hybrid method because of their remoteness from the main grid.

wakaka...soon...berapa lama mau tunggu tu datuk...after next election...or when?...wakaka....sudahlah datuk mau tipu sama rakyat ni...malar soon...sebut saja tahun 2099 ka...senang rakyat mau plan beli minyak gas...wakaka

Saya malu jika nasib rakyat belum terbela

PULAU LUBUKAN (SUKAU): “Sebagai Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan ini, saya amat ber-dukacita dan malu jika dua tahun dari sekarang masih banyak rumah penduduk beratap bocor, bertiang rapuh dan tidak berdinding, manakala sumber ekonomi mereka masih tidak terbela”.


Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman, berkata fenomena kemiskinan rakyat di kawasan ini perlu diselesaikan secara agresif, memandangkan tahun 2010, kerajaan Sabah sendiri menyasarkan bebas dari kemiskinan.


Ke arah penyelesaiannya, tegas Saddi, kualiti kehidupan rakyat bukan saja diatasi dengan menekankan soal nilai kesejahteraan dan kesihatan dan kediaman penduduk diperbaiki, tetapi memastikan sumber ekonomi mereka sebagai punca utama penyelesaian masalah kemiskinan perlu ditangani bermula dari sekarang.

wakaka...ini yb bagus..cita-cita besar...mau kasi tolong penduduk kampung keluar dari kemiskinan...cuma kita mau tingok saja...dia cakap betul atau auta...kasi tipu orang kampung saja...next election...buat muka kasian...minta undi...minta kasi chance sekali lagi...
...ala yb kami pun dulu macam ini yb juga..janji macam-macam...lepas pilihanraya mau jumpa pun susah...kalau ditelepon mesti dia di kl atau kk...rakyat juga yang dikasi buduh...wakaka

RM1 juta diperlukan perbaiki infrastruktur akibat banjir di Beaufort

20th March, 2009


BEAUFORT: Kira-kira RM1 juta ringgit peruntukan diperlukan bagi membantu me-mulih infrastruktur dan memberi bantuan mangsa banjir di daerah ini.


Ahli Parlimen Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin berkata, beliau akan mengemukakan keperluan itu kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, peruntukan berkenaan termasuklah jumlah yang diperlukan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa yang terlibat yang dianggarkan berjumlah seratus ringgit setiap bungkusan termasuklah keperluan lain.

wakaka...wah datuk banyaknya peruntukan...mau bagi sama kroni...lepas tu ambil komisen...wakaka
wakaka...mestilah bah kan...mau kaut balik duit yang habis semasa pemilihan umno...wakaka...
..apa guna peruntukan juta-juta kalau masalah banjir indak dapat diatasi...hujan sikit banjir...hujan sikit banjir...wakaka

Jangan jual tanah untuk dapat wang segera

20th March, 2009


KENINGAU: Penduduk tempatan di daerah ini dinasihatkan supaya tidak menjual tanah mereka dengan sewenang-wenangnya, bagi tujuan untuk mendapatkan wang segera.


Nasihat itu dibuat oleh mantan Timbalan Speakar Dewan Undang Negeri Sabah, Datuk John Angian dalam satu wawancara eksklusif di sini pada Rabu.


John berkata, mendapatkan sebidang tanah melalui satu perjuangan yang amat sukar, dan ia tidak sewajarnnya dijual hanya kerana untuk mendapatkan wang segera.

wakaka...ini siapa badigol ni...rakyat jual tanah untuk hidup...beli beras ikan sama sayur...macamanalah pula sama pemimpin kontrol ribu-ribu ekar...lepas tu kasi pajak sama cina sarawak...tanam kelapa sawit...guna buruh indon...lagi lah palui...wakaka

10,000 penganggur warga asing boleh ancam keselamatan negara

20th March, 2009

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggarkan kini terdapat kira-kira 10,000 pekerja asing yang sah di ne-gara ini yang tidak mempunyai pekerjaan dan kesatuan itu bimbang mereka mungkin membawa ancaman kepada keselamatan negara.

Setiausaha agungnya, G. Rajasekaran kelmarin berkata kajian yang dijalankan oleh MTUC menunjukkan kebanya-kan pekerja ini sama ada tidak berbuat apa-apa atau mencari kerja rencam dan dalam keada-an terdesak, ada di antaranya mungkin melakukan jenayah kecil.

Bercakap pada sidang akh-bar di sini, beliau berkata pekerja terbabit terdiri daripada warga beberapa negara seperti Bangla-desh, Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan, yang sama ada diberhentikan kerja oleh majikan mereka tanpa pampasan yang sewajarnya atau dibiarkan begitu sahaja.

wakaka...sini sabah bukan 10,000 la dey tambi...mau lebih 100,000 itu palipin sama indon...tambah lagi sekarang itu pakistan makin ramai jual kain...banyak betul durang tambi...rasa macam mau limpas jumlah penduduk sabah...wakaka

wakaka...durang ni pula tambi...bahaya sebab berani mengasi mati orang...merogol...jual syabu...merompak...macam-macam lagi...ini tambi siapa mau urus...wakaka

Wednesday, March 18, 2009

11 resolusi berjaya dihasilkan sempena konvensyen Gabem

15th March, 2009
KOTA KINABALUL: Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera (Gabem) Sabah berjaya menghasilkan 11 resolusi sempena konvensyen pertamanya selama dua hari yang berakhir Jumaat.

Pengerusi Gabem Sabah, Datuk Hamidah Yusof berkata, antara resolusi yang dicapai ialah bagi memelihara perkara 153 perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Dengan mengambil iktibar kata-kata, Datuk Onn Jaafar, semangat DEB masih relevan diperjuangkan sesuai dengan intipati Perkara 153.

“Bagaimanapun, orang Melayu termasuklah Bumiputera Sabah dan Sarawak kenalah melakukan anjakan paradigma dengan melakukan gerakan pemulihan melayu atau Bumiputera.

wakaka....orang bumiputera buat resolusi ajalah...kejar projek ajalah...bikin tatap cina...wakaka...orang buniputera makan komisen ajalah...buatlah beratus resolusi kalau dasar alibaba tu masih inda diubah...sampai kiamat jugalah inda perubahan orang bumiputera...wakaka

oi badigol...anjakan paradigama itu apa?...montuko ka?...wakaka

BN henti pendekatan pembangunan ‘Mee Segera’ hadapi p-raya: Najib

15th March, 2009
TAIPING: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
“Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk…di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

wakaka...1 kita mau tanya...lepas ini mau pakai pendekatan apa?...pendekatan kue tiaw... wakaka...hello datuk...yang rakyat benci bukan pendekatan mee ka nasi ka...rakyat benci pembangunan tidak seimbang...banyak kampung ketinggalan...kemudahan asas...air..letrik..belum sempurna...selepas lebih setengah abad merdeka...
...macam datuk ghapur cakap...beza sabah sama semenenjung...macam langit sama bumi...ini yang rakyat inda suka...pakailah pendekatan apa pun...

Pengerusi K-Bestari harus hayati tugas, kata Sapawi

15th March, 2009


BEAUFORT: Pengerusi-pengerusi Komuniti Bestari (K-Bestari) haruslah menghayati tugas yang telah dipertanggungjawabkan sebagai penyalur maklumat terutama sekali kepada masyarakat luar bandar untuk menghebahkan apa juga yang sedang berlaku terhadap perkembangan semasa dalam negara.


Exco Penerangan Negeri, Datuk Sapawi Hj Ahmad yang juga Pengerusi Komuniti Bestari Negeri Sabah berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Seminar Komuniti Bestari Bahagian Pedalaman Bawah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat penerangan daerah Beaufort pada Jumaat.


Sebagai contoh antara maklumat penting yang perlu disampaikan kepada rakyat terhadap perkembangan dan perubahan landskap politik negara masa kini yang sudah jauh berubah dimana parti-parti pembangkang kini telah membudayakan politik jalanan.

wakaka...macamanalah pengerusi kbestari ni mau kasi sampai maklumat semasa kalau dia pun inda baca suratkhabar...kalau baca pun tengok result nombor ...wakaka...jangan cakap internetlah...mengkali ada pengerusi jadi parkinson...teketar-ketar mau tekan keyboard...wakaka
wakaka...dengar khabar datuk indada turun lawat kawasan masa banjir baru ni...di mana datuk betapuk?...wakaka...pegawai datuk pun dengarnya indada turun...masing-masing sibuk mengurus projek...wakaka

17,000 dari 71 kampung terjejas banjir di Beaufort

16th March, 2009


BEAUFORT: Lebih 17,000 penduduk daripada 71 buah kampung di daerah ini terjejas akibat bencana banjir yang melanda daerah ini sejak dua hari lalu dan keadaannya bertambah buruk, kelmarin.


Seramai 179 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Pa’ Musa dan Balai Kelas Fardu Ain (Kafa) di Kampung Limbawang, dekat sini sejak Sabtu.


Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Sidek Abdul Jubar berkata, mereka yang dipindahkan itu adalah daripada beberapa buah kampung yang teruk terjejas teruk dengan bencana itu, selain itu ada juga mangsa yang berpindah ke rumah keluarga mereka.
“Daripada jumlah mangsa yang dipindahkan itu, seramai 169 orang di tempatkan di Dewan Pa’ Musa, manakala 10 mangsa lagi ditempatkan di Balai Kafa di Kampung Limbawang, dekat sini.

hari ni kita jangan ketawa...kesian orang beaufort kebanjiran...dengar khabar kali ini agak teruk dia punya banjir...apa boleh buat bah kan...ini pun rezeki juga...

...yang lagi kesian...dengar khabar satu YB tu banjir sudah turun baru nampak muka...masa banjir mula naik dia bejalan ke KL...bila rakyat telepon...dia jawab bawa anak pigi mendaftar utm johor...orang lain lagi telepon...dia jawab mesyuarat umno di johor...kesian kan orang beaufort...kena tipu hidup-hidup...kesiannnnnn

oi YB...dulu bolehlah kau tipu...sekarang rakyat sudah sedar ma...

ALI RUSTAM DILARANG BERTANDING

18th March, 2009

KUALA LUMPUR: Sembilan hari sebelum pemilihan Umno pada 26 Mac ini, politik Malaysia kelmarin digemparkan dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung amalan politik wang.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Pengerusi Lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan bahawa lembaga itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut perkara yang sama tetapi beliau hanya diberi amaran.

Ini bermakna Khairy masih layak bertanding dalam pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno yang dijadual berlangsung pada 25 Mac ini.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang disiasat bagi aduan rasuah atau sogokan politik, didapati tidak bersalah oleh lembaga itu.

wakakaka...durang sudah sibuk...tangkap hantu main duit...oi badigol indakan ali ketam saja main duit...yang lain indak main ka...wakaka
...khairy diberi amaran saja...dua orang sama salah...1 indak boleh tanding...1 diberi amaran..inilah law of the jungle...tapi kalau semua mau dihukum...nanti indak ada yang layak...semua pun main duit...wakaka
khir toyo...tidak bersalah...ertinya indak main duit...ptuiiii...pigi tanya haji usman sipitang...berapa ribu sudah dia makan duit khir toyo...wakaka

Thursday, March 12, 2009

Kerajaan lulus peruntukan lebih RM10 juta untuk bangunkan Kg Telaga

12th March, 2009


PITAS: Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM10 juta untuk pelbagai pembangunan di Kam-pung Telaga dalam daerah Pitas.
Kelab Lotery Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Lotery Antarabangsa telah menyumbang sebanyak RM200 ribu bagi membina empangan air bersih untuk Kam-pung Telaga yang kini mula membangun.


Dalam masa yang sama kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM5 juta untuk paip graviti manakala jalan raya yang menghubungkan Pitas ke Kampung Telaga sejauh 38km mendapat peruntukan sejumlah RM7.5 juta.


Adun Pitas merangkap Ketua Umno Bahagian Kudat, Bolkiah Haji Ismail, di Majlis Mesra Rakyat anjuran Kemas Sabah dengan kerjasama Kemas Parlimen Kudat dan Jawatankuasa Kampung Telaga di Dewan Serbaguna di sini baru-baru ini.

wakaka...kesian orang kg telaga...sekian lama...barulah merasa nikmat merdeka...itupun dengan bantuan kelab lotery...nampak 100juta macam banyak...di mana tempat ia dismpan?...wakaka

Bajet mini menyeluruh bantu ekonomi negara, kata Musa

11th March, 2009


KOTA KINABALU: Bajet mini yang dibentangkan oleh Tim-balan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bajet menyeluruh untuk membantu ekonomi negara yang suram dan meringankan beban rakyat.


Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata bajet mini itu akan dapat mengembangkan lagi ekonomi dan memberikan peluang kepada rakyat dan pelabur serta merancakkan semula pelbagai sektor.
“Ia satu bajet yang mengambil kira kebajikan rakyat terutama sekali dalam usaha membasmi kemiskinan,” kata-nya dalam satu kenyataan kelmarin.

wakakak...ini bajet tada guna kalau rakyat indak merasa...harga gula...kopi...beras..masih lagi belum turun...jalanraya masih grabel..masih minum air perigi...masih pakai lampu minyak gas...atau paling bagus pakai generator...kebajikan rakyat apa maknanya tu datuk...wakaka

Anggota Parlimen Sabah, Sarawak tidak puas hati tahap pembangunan

11th March, 2009


KUALA LUMPUR: Beberapa anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak sekali lagi menggamatkan sidang Dewan Rakyat kelmarin apabila mereka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ketidakseimbangan pembangunan di kedua-dua negeri itu berbanding di Semenanjung.


Bagi mereka, apa yang dibentangkan dan dinyatakan menerusi projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan pusat, hanyalah janji-janji manis atau ‘gula-gula’ yang diberikan kepada rakyat di negeri itu sedangkan kenyataannya masih belum dapat dilihat dengan jelas.


Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata keadaan pembangunan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.

wakaka...ini sudah bagus...satu berita baik...bila yb2 kita mulai sedar...ramai lagi penduduk sabah yg perlu pembelaan...banyak lagi kampung yang mau dikasi bangun...bagus...ini ertinya yb2 kitani sudah bangun...inda lagi tidur...wakaka
wakaka..sebagai rakyat biasa...orang kita misti sokong 100% perjuangan yb2 semua...kasi maju sabah...negeri miskin tapi ada minyak...tapi kalau yb2 inda betul dalam tugas...kita tatap kasi hentam juga...wakaka

Lantang bersuara tidak bermakna menentang tetapi perbetulkan kepincangan, kata Anifah

8th March, 2009


BONGAWAN: Lantang ber-suara tidak bermakna kita menentang tetapi adalah semata-mata untuk memperbetulkan kepincangan demi memertabatkan kembali keungulan dan yang paling penting ialah men-yelamatkan parti, kata Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Anifah Hj Aman


Namun sayang sekali, ada pihak -pihak tertentu sebalik-nya beranggapan bahawa ke-lantangan bersuara itu disifat-kan sebagai lawan tauke atau mencabar pucuk pimpinan parti.

wakaka...macam atutah datuk...mun kitani lantang basuara atu dari dulu lagi...indada tah orang membakut inda suka kedikita....wakaka...orang biskita bukannya suka orang lantang inda tantu-tantu...sidia mau wakil rakyat yang selalu melawat kawasan...kita atu kesiokan meisap curut harga 400...camana atu datuk...wakaka
psst..datuk, kedengarannya keluarga kitani semakin kuat dan kukuh dalam politik...anak-anak buah atu sudah ditanam dimana-mana...banar ka?....wakaka

Pemimpin berkebolehan, pengalaman dan penyabar diperlukan, kata Herbert

8th March, 2009


KOTA BELUD: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Herbert Timbon Lagadan, berkata PBS masih terus memerlukan pemimpin yang berkebolehan, berpengalaman dan penyabar pada semua peringkat bagi membolehkannya tetap relevan di kalangan rakyat Sabah.


Katanya, dalam masa sama PBS sudah bersedia memberi ruang kepada Pemuda khususnya yang sudah lama berjuang dalam parti, untuk memimpin PBS di peringkat Bahagian, dan hakikat ini diakui sendiri oleh Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

wakaka...ya gaman, rakyat juga mau yb yg rajin turun padang...bukan kesiokan di kk...inda pigi melawat kawasan...turun kampung pun kalau ada acara...kalau indada pigi mologop sama main jackot di club..wakaka
wakaka...orang macam kau ni gaman...patutnya jadi pirate...bawa pikap saja...inda layak jadi yb...macam kau di sabah ni ramai...jadi yb sebab disukai oleh ketua parti...bukan kerana rakyat suka...wakaka

PEMBANGKANG DALANGI DEMONSTRASI PPSMI

9th March, 2009


KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan membantah pelaksanaan Peng-ajaran dan Pembelajaran Sains dan Matema-tik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada de-monstrasi jalanan pada Sabtu.


Beliau berkata berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

wakaka...inilah alasan pemimpin yg bankrupt idea...asyik2 kasi salah pembangkang...yang kau tu badigol...inda mau kasi buat keputusan pasal ppsmi ni...apasal...wakaka
..lain kali...kasi buat keputusanlah cepat2...jangan tunggu sampai pelajar2 turun buat demonstrasi...wakaka

Calon Pemuda mahu SPRM percepat siasatan rasuah politik

9th March, 2009


PULAU PINANG: Ketiga-tiga calon yang bertanding jawatanKetua Pemuda Um-no pada pemilihan parti ak-hir bulan ini menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencega-han Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dua pe-gawai kanan seorang menteri berhubung dakwaan rasuah politik, sebagai langkah awal yang efisyen.


Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir ber-kata SPRM perlu memperce-patkan siasatan berhubung dakwaan rasuah politik sebelum bermulanya pemilihan parti.


“Jika siasatan dilakukan dengan cepat ia dapat membersihkan nama baik Umno sekaligus menggelak pembaziran masa dan wang jika terdapat pemimpin tertinggi parti terlibat,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal-kan calon Pemuda yang ber-tanding pada pemilihan parti itu.

wakaka...ini monyet mana yang cakap rasuah politik...monyet belanda kah ni?...oi monyet, kau cakap sama siapa pasal rasuah ni...wakaka...inilah bah orang cakap...kokok bergetar2...ekor bertaik...wakaka...kau sendiri pun apa kurang...kasi tabur duit sama pemuda...wakaka
wakaka...oi datuk...kau kasi tanam dulu kepala botak kau tu...baru nampak hensem...orang pun inda kesilauan mata...wakaka

Tuesday, March 10, 2009

Percepat bina Skim Bantuan Rumah mangsa banjir, kata Kurup

10th March, 2009

KENINGAU: Timbalan Menteri Kema-juan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup menggesa pembinaan Skim Bantuan Rumah melibatkan mangsa bencana banjir atau bencana alam disegerakan.


Katanya, bantuan rumah itu amat penting bagi rakyat yang telah kehilangan tempat tinggal dan perlu dibantu supaya mereka memiliki rumah semula.


Kurup berkata penerima bantuan rumah melalui skim berkenan di bawah KKLW yang disalurkan ke Pejabat Daerah telah dikenalpasti dan pembinaan itu perlu di-segerakan memandangkan kebanyakan mangsa yang terlibat menumpang di rumah saudara dan ada yang tinggal sementara di balai raya.


“Percepat pembinaan ini, buat dengan segera,” gesa Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan di majlis pen-yampaian sumbangan berupa wang tunai kepada 86 keluarga mangsa banjir di Kampung Pagalungan Ansip di sini kelmarin.

wakaka...hai kurup...kalau kau macam ni dari dulu kan inda marah si andipai tu...kompom kau menang tanpa tanding...tapi itulah kau..dulu inda melawat kawasan...siok2 kau di kk...sekarang siok kau di kl...itu pasal orang pensiangan marah...wakaka
wakaka...lain kali...kau bertugas bagus2...lepas ini...itu pun kalau menang pilihanraya nanti...wakaka...kalau inda menang pigilah potong getah...wakaka

Sabah dan Sarawak menaruh harapan pakej ekonomi

10th March, 2009


KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak menaruh harapan tinggi yang pakej rang-sangan ekonomi kedua, butirannya akan diumumkan ke-rajaan hari ini, akan turut memberikan perhatian kepada keperluan penduduk luar bandar.


Para anggota Parlimen dari dua negeri di Malaysia Timur itu berharap akan mendapat peruntukan lebih besar bagi melaksanakan projek infrastruktur penting, khususnya untuk kawasan pedalaman.


Anggota Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo berkata penduduk luar bandar di Sarawak masih berdepan keperitan hidup disebalik peruntukan pembangunan dan bantuan kewangan disalurkan.

wakaka...60bilion untuk kasi agih sama kroni...rakyat melopong sajalah datuk...orang sabah sama sarawak jangan mau mimpilah...paling2 kontrektor kroni juga yang kasi kaya...wakaka

Saya tanding Naib Presiden untuk perkasakan Umno, kata Shafie

9th March, 2009

SANDAKAN: Menteri Perpaduan, kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal berkata, penyertaannya dalam perebutan Naib Pre-siden Umno dalam pemilihan parti itu 25 Mac ini lebih kepada mahu memperkasakan parti itu sebagai parti yang dihormati rakyat berbilang kaum.


Beliau berkata, selain sebagai Naib Presiden kelak beliau mempunyai peranan yang cukup untuk membantu presiden parti, Umno akan menjadi terus dihormati menerusi peranan dan matlamatnya membangunkan negara.


“Namun pada saya pemilihan kali ini satu persaingan yang sihat secara keluarga… Hanya dengan pemilihan ini kita dapat memperbaiki dan memperkasakan kedudukan kita menerusi azam dan kesungguhan untuk terus memperkuatkan kedudukan Umno,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Merakyatkan Seni dan Budaya dalam Mem-perkasakan Perpaduan Bersama di Padang Ban-daran Sandakan di sini petang kelmarin.


Program itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang diwakilkan kepada Timbalan Beliau, Datuk Raymond Shu Kiah.

wakaka...haiya latuk, mau kasi perkasa pokok sulah mau leput ka?...wakaka...inda payahlah latuk ini pokok sulah mau tumbang lo...tunggu pilihanlaya akan datang lo...ini pokok gelenti jadi beluti lo...wakaka
Latuk punya hujah indada isi...semua ulang rais yatim punya cakap lo...haiya latuk, itu rm sulah bagi sama pewakilan ?...wakaka
apa pasat itu musang talak datang...kasi wakil sama wakil bebas...haiya dia inda sokong latuk ka?..wakaka

Saturday, March 7, 2009

Shafie: Pemimpin pembangkang biarkan ideologi politik kuasai kebijaksanaan fikiran

3rd March, 2009


TAWAU: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di sini melahirkan rasa kesalnya melihat sikap pemimpin pembangkang yang sering membiarkan ideologi politik menguasai kewarasan dan kebijaksanaan fikiran mereka.


“Walaupun ada pemimpin pembangkang seperti Karpal Singh yang berlatarbelakangkan peguam dan un-dang-undang, malangnya mereka membiarkan ideologi politik menguasai diri mereka sehingga mencetuskan sesuatu yang tidak mengikut lunas undang-undang,” katanya.

wakaka...oi latuk jangan cakap pembangkang saja woo...pemimpin kelajaan pun ramai tarak ikut undang-undang woo...wakaka
wakaka...pstt latuk itu rm sudah bagi2 ka...kalau balum..kita boleh tolong ma...wakaka

Penduduk bimbang bilangan penjual rokok haram meningkat

5th March, 2009


Bilangan penjual rokok haram yang semakin bertambah di Pekan Keningau menimbulkan kerisauan para penduduk.


GS ketika menghubungi Actionline berhubung perkara itu berkata, aduan sudah dibuat tetapi masih belum mampu meleraikan kebimbangan mereka.
Menurutnya, saban hari ada sahaja penjual rokok berniaga di kawasan-kawasan tertentu termasuklah tokong, panggung wayang dan juga tempat letak kereta.


Malah adunya, bilangan mereka juga ramai sehingga menyebabkan keselesaan penduduk tergangu dengan kehadiran penjual ini. Dan apa yang paling membimbangkan juga adalah kelakuan penjual-penjual rokok terbabit

Wakaka...Oi GS itu penjual rokok haram apa bangsa...orang dusun ka atau orang murut...kalau orang dusun apasal kau bising-bising...wakaka
Kasi biar saja durang...biar keningau jadi macam manila atau jakarta...wakaka

Thursday, March 5, 2009

Ghapur: SDO & FFO bagaikan layang-layang..?

Ghapur: SDO & FFO bagaikan layang-layang..?


PERUMPAMAAN Ahli Parlimen Kalabakan bahawa perlantikan Anak Negeri Sabah menerajui Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah bagaikan permainan layang-layang oleh Kerajaan Persekutuan.


“Mereka ini hanya seperti layang-layang. Siapa yang pegang tali terajunya?,” tanya Ghapur di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan titah ucapan DYMM Yang Di Pertuan Agong.


Tegas Ghapur, apa ertinya memberikan jawatan tersebut hanya untuk mengaburi mata rakyat Sabah sedangkan pada dasarnya mereka yang dilantik tidak langsung mempunyai kuasa eksekutif atau kuasa mutlak untuk melicinkan pembangunan di Sabah.

wakaka...oi datuk ini layang-layang putus tali ka...dia pakai tali apa..tali rapia ka...wakaka...senang saja bah datuk...kasi tutup saja agensi yang inda kasi untung sama sabah ni...kasi untung durang saja...wakaka
wakaka...datuk inda boleh atur ka ini sdo sama ffo ka pasal bising ni...wakaka

Kes Tingkayu punca rakyat Kunak sertai PKR

Kes Tingkayu punca rakyat Kunak sertai PKR


KEBIMBANGAN rakyat Kunak terhadap keselamatan mereka menyebabkan ramai ahli UMNO dan Parti Komponen Barisan Nasional di Silam menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Ketua Bahagian PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika dihubungi berkata bahawa beliau didatangi lebih dua puluh tiga cawangan UMNO dan PBS di Kunak yang melahirkan rasa kesal kerana Kes Tingkayu telah menelan korban.


“Mereka bimbang nasib malang akan menimpa mereka jika terus menyokong BN. Mereka bimbang tanah mereka akan dirampas seperti di Tingkayu,” ujar Johani yang menyatakan bahawa PKR telah berjuang membela kepentingan penduduk Tingkayu walaupun salah seorang Peguam PKR cedera ketika membantu rakyat Kunak mendapatkan tanah mereka.

wakakaka..apa pasal ini kes tingkayu inda pandai selesai...siapa dia punya bos ni...ini mesti orang besar punya projek ni...kalau orang kampung punya projek lama sudah dia punya bos kena tangkap...wakaka
wakaka...siapa dia punya bos?...ada siapa yang tau...wakaka

SPRM patut dibubar jika tidak siasat KM Sabah..?

SPRM patut dibubar jika tidak siasat KM Sabah..?

MANTAN Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman kerana khabarnya telah ditutup oleh Peguam Negara.

“Dengan senario sekarang, SPRM harus proaktif menyiasat dakwaan 81 dalil yang saya failkan terhadap Musa Aman kerana saya yakin SPRM mempunyai kes terhadap beliau berdasarkan bukti yang saya kemukakan,” ujar Jeffrey yang kesal kerana Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kepada media dan parlimen bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Musa Aman telah ditutup.

oii dr jeffrey...janganlah kau mengharap turun hujan ketika musim kemarau...atau rembulan muncul di tengahari...wakaka...sebab perkara itu hampir mustahil akan berlaku...wakaka

Tuesday, March 3, 2009

Penduduk Pulau Gaya perlu jaga kebersihan,kata Johny

2nd March, 2009


KOTA KINABALU : Penduduk di skim penempatan penduduk Pulau Gaya di Telipok diminta supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi memastikan kawasan penempatan itu sentiada bersih dan terhindar daripada pelbagai penyakit.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Johny Goh berkata,sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penghuni di kawasan itu yang membuang sampah di merata-rata tempat menyebabkan aliran sungai dicemari sampah sarap.

Wakaka....senang saja tu Yb...kasi hantar durang balik pigi Palipin habis cerita...yang kita simpan durang...kasi bikin penempatan lagi...apa cerita ni...terlampau baik hati bah kita ni..
Wakaka...yang palipin kasi hantar palipin...yang indonesia hantar indon...yang pakistan pun hantar balik pakistan...
psst....YB, ada juga dari pakistan?

39 warga asing lakukan pelbagai kesalahan ditahan

28th February, 2009


TAWAU: Jabatan Imigresen Tawau menahan 39 warga asing berusia di antara 18 dan 48 tahun kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, pada Rabu dan Khamis lepas.


Ketua Imigresen Tawau, Haji Ismail Ali berkata, pada operasi pertama yang diketuai oleh TPPI Mohd. Fazir Abdul Ben dan diadakan di sekitar kawasan pertanian Batu 5, Jalan Apas Tawau itu, seramai 20 orang telah ditahan, terdiri daripada 16 lelaki dan empat wanita.


Kesemua mereka katanya kini sedang ditahan di Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk tindakan lanjut.

Wakaka...uiiina kau...39 orang saja kena tahan di Tawau...lucu bak kau ni...Tawau tu pintu masuk PTI...cuba ko pigi belakang pasar ikan...sana bah PTI tu mendarat...
...Mau dicakap budus kau tu ketua...janganlah duduk di pejabat saja...turun padang tengok...jangan kau sumbat mata kau dengan rm...wakaka

PERWAKILAN UMNO SABAH MATANG BUAT PILIHAN : MUSA

2nd March, 2009

KOTA KINABALU : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Haji Aman yakin bahawa para perwakilan daripada negeri ini yang dijadualkan pada 24-28 Mac ini cukup matang dalam memilih barisan kepimpinan Umno di peringkat pusat.


Katanya,Umno Sabah mempunyai 325 perwakilan daripada 25 Bahagian Umno di negeri ini yang akan turut bersama-sama akan memilih barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi tempoh tiga tahun akan datang.


“Saya yakin terhadap kesemua perwakilan dari Sabah bahawa mereka sememangnya sudah berpengalaman dan matang dalam membuat pemilihan,” katanya.

wakaka...matang?...berpengalaman?....wakaka...kalau indada duit jangan harap durang jadi matang...wakaka...perwakilan paling teruk dari sabah lah...paling rajin cari duit...bikin malu saja...kalau indada duit durang kasi rosak durang punya undi...

Datuk ini kali mau kasi berapa?....kurang-kurang 5ooo tu baru boleh masuk list...wakaka

Monday, March 2, 2009

RM500 JUTA UNTUK TINGKAT BEKALAN ELEKTRIK SABAH

20th February, 2009

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memperuntukkan RM500 juta pada tahun ini meningkatkan sistem bekalan elektrik di Sabah, kata Pengarahnya Urusannya, Ir Baharin Din kelmarin.

Katanya, peruntukan yang besar itu diperlukan kerana Sabah masih menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik dan usaha mengatasinya perlu dilakukan melalui pelaksanaan projek tersebut.

“Peruntukan itu, diperolehi SESB melalui pinjaman dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat SESB Bersama Pemimpin Komuniti di Gum-Gum di sini.

Beliau berkata, projek itu merupakan sokongan SESB untuk pembangunan yang semakin pesat di negeri itu dan selaras dengan peranan SESB sebagai penjana elektrik kepada rakyat dan kerajaan.

Dari jumlah peruntukan itu, katanya, RM25 juta digunakan untuk projek meningkatkan bekalan elektrik di daerah ini, yang dilaksana bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

“Ia turut melibatkan pemberian bekalan elektrik kepada 45 buah kampung di luar bandar termasuk kawasan pulau-pulau membabitkan 3,000 isi rumah, dengan peruntukan RM17 juta,” katanya.

wakaka...bagus, kalau sudah ada duit...kasi pasanglah elektrik untuk orang kampong yang indada elektrik tu...jangan ada lagi kampong masih pakai lampu minyak tanah...kasian durang...sudah merdeka masih hidup macam zaman penjajah...

Lagi satu...ini Sabah bukan sandakan...bukan libaran...bukan sungai sibuga saja...ada banyak lagi kawasan yang indada karan...wakaka

Bagaimanapun, katanya, SESB sudah membekalkan kemudahan itu kepada 38 kampung di sekitarnya.


Baharin berkata, terdapat lapan buah kampung di kawasan Libaran masih belum menikmati bekalan elektrik sepenuhnya yang kini merupakan senarai untuk mendapatkan bekalan itu kelak

PIBG kesal Pejabat Pelajaran Membakut ditutup

20th February, 2009


MEMBAKUT: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kerajaan Bongawan II melahirkan kekesalan dan marah dengan tindakkan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah me-nutup Pejabat Pelajaran di Daerah Kecil Membakut.


Tindakan menutup pejabat itu di sini sudah pasti akan banyak menimbulkan masalah dan memberikan bebanan kepada ibu bapa pelajar kerana terpaksa berurusan lebih jauh iaitu ke Pejabat Pelajaran Papar.


Apa rasionalnya tindakan Jabatan Pelajaran menutup pejabat pelajaran di sini dan tindakan itu secara tidak langsung telah memaksa dan membebankan rakyat khususnya kepada para ibu bapa dan pelajar dari daerah Membakut dan Bo-ngawan untuk berurusan ke Pejabat Pelajaran Papar sedangkan kewujudan pejabat itu di sini amat diperlukan dan dapat mempermudahkan urusan rakyat di sini.


Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kerajaan Bongawan II, Salleh Wahid, memberitahu demikian semasa menghubungi NST pada Khamis dan beliau sebagai mewakili ibu bapa dan pelajar melahirkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan yang tidak rasional Jabatan Pelajaran menutup kemudahan yang sedia ada.

wakaka...patut tah bah pejabat ani ditutup...bukannya ramai jua orang membakut atu...sekolah pun berapa buah nganya...lagipun daerah membakut ani kan taraf daerah kecil...patut tah bah ia ditutup...inda pun suruh Datuk Anipah membuka balik...pejabat di bawak pohon kayu..wakaka

KK ‘Bandaraya Tanpa Sampah’ akan tercapai: Mayor

22nd February, 2009


KOTA KINABALU: Mayor Bandaraya Datuk Iliyas Ibrahim yakin hasrat menjadikan bandaraya ini sebagai ‘Bandaraya Peranginan Semulajadi Kota Kinabalu sebagai ‘Bandaraya Tanpa Sampah’ akan tercapai dalam masa terdekat.


Katanya, keyakinan itu berdasarkan kerjasama dan sokongan padu semua pihak dan kejayaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mewujudkan sekolah-sekolah tanpa sampah, pejabat tanpa sampah, kampung tanpa sampah, resort tanpa sampah dan bank tanpa sampah.


“Setelah hampir sembilan bulan kempen besar-besaran Anti Kutu Sampah dilancarkan, perubahan positif dari segi kebersihan telah membuahkan hasil di mana bandaraya kini sudah menjadi lebih bersih daripada sampah sarap,” katanya.

Wakaka...oi mayor kau pigi tingok sana belakang sinsuran...baru kau tau banyak tikus...wakaka...bila banyak tikus ertinya banyak sampah la bah kan...wakaka

kau minum di lobi Hyatt mana kau nampak sampah...wakaka...sekali sekali kau minum juga di restoran Bilal...baru kau nampak...

Pemuda Umno Sabah hantar empat calon tanding Exco Pemuda Umno Pusat

20th February, 2009


KOTA KINABALU: Pergerakan Pe-muda Umno Sabah memutuskan akan menghantar empat calon dalam pertandingan Exco Pemuda Umno Pusat.


Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda Kalabakan, Gasing Haji Saling, Mantan Ketua Pemuda Umno Semporna, Nixon Haji Abd Habi, Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Baharul Razha Haji Chuprat dan Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Haji Jafar.


Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Japlin Akim, berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa program bagi memperkenalkan calon yang bertanding kepada perwakilan pada 28 Februari ini.


“Kita akan membawa mereka untuk mendekati pemimpin akar umbi dan perwakilan di setiap bahagian,” katanya......



wakaka...muka-muka ni indada harapan...pok bagi banyak sajalah boleh menang...kalau harap muka pecah pintu ni mana ada harapan...Nixon, apa nama ni...PTI ka...di Sempolna pun inda menang ada hati mau tanding...wakakaka



.....Berkata dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, di Bangunan Umno di sini, Japlin berkata dalam mesyuarat berkenaan pihaknya turut membincangkan tentang persediaan Pemuda Umno Negeri ke Perhimpunan Agung Umno Pusat di Kuala Lumpur pada Mac depan.


“Dalam persidangan itu nanti, kita juga telah memutuskan Exco Pemuda Hasnol Ayub sebagai wakil Pemuda Umno untuk berucap dalam perhimpunan itu nanti.


“Kita juga turut membincangkan persiapan yang lebih rapi sekiranya Majlis Tertinggi memutuskan pilihan raya akan diadakan di Pensiangan,” katanya yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur



Ha ini lagi satu badigol...oi gaman itu pilihanraya bukan Majlis Tertinggi yang kasi putus...apa punya bangang kau ni...itulah dulu inda mau sekolah...sudah besar kasi susah rakyat...Hahaha

Polis beri amaran kepada Ah Long elak ganggu peminjam wang

22nd February, 2009


KOTA KINABALU: Polis mengeluarkan amaran kepada pemberi pinjaman wang haram (Ah Long) menjauhi dari mengganggu ketenteraman dan keselamatan terhadap peminjam wang atau berhadapan dengan undang-undang.


Pesruruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim mengeluarkan amaran tersebut ketika dihu-buingi oleh New Sabah Times kelmarin. Noor Rashid berkata demikian apabila ditanya mengani tindakan polis terhadap Ah Long yang bersikpa ganas terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman wang daripada mereka.


Dalam satu kejadian terbaru berhu-bung dengan kes melibatkan Ah Long, seorang penngusaha kedai kopi yang hanya dikenali sebagai Ng berusia da-lam lingkungan 40an mendakwa menjadi mangsa Ah Long.


Ng yang berhadapan masalah dengan Ah Long telah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan (bukan New Sabah Times) kelmarin.

wakaka...ini kes ah long ah sulah lama...talak pandai belenti....apa macam ohhh... dulu kelajaan ala kasi itu pinjaman miklo apa pasal sikalang sulah belenti...itu luit sulah abis kena makan sama olang ka...apa pasal...mau pinjam bank manyak susah wooo...mau senang pinjam ahlong la....wakakaka

Arifin: Sedco terus lahirkan usahawan b-putera berwibawa

25th February, 2009

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) akan terus meningkatkan usaha melahirkan usahawan-usahawan bumiputera berwibawa dan berupaya membimbing serta menjadi contoh kepada usahawan lain di negeri ini.

Pengerusi Sedco Datuk Haji Mohd Arifin Arif berkata, ini akan dilakukan dengan memberi peluang kepada golongan usahawan mengurus premis-premis yang disediakan Sedco serta menjalin usaha sama dengan usahawan-usahawan baru.

“Usahawan yang mempunyai ciri-ciri positif wajar diberi peranan sebagai pembimbing agar kecekalan dan semangat mereka memberi inspirasi dan dapat dicontohi oleh usahawan yang baru bertapak dalam bidang ini,” katanya sempena lawatan dua hari ke Lahad Datu dan Sandakan baru-baru ini.

Wakaka...usahawan bumiputera...wakaka...usahawan berwibawa...wakaka...lucu lah kau ni Datuk...Oi Datuk kalau setakat buat kursus besiri-siri inda kesudahan...sampai bila mau kasi lahir usahawan...

Senang ja Datuk...suruh durang melabur...kasi duit sama Ag Binting...untung juta-juta...wakaka...macamana mau jadi usahawan...dapat projek jual sama cina...wakaka

Samsudin minta penjualan minuman keras diperketat

25th February, 2009

SANDAKAN: Penjualan berleluasa minuman keras yang berharga kurang RM10 sebotol di kedai-kedai dan pasar raya di daerah ini membuatkan Wakil Rakyat Se-kong, Datuk Samsudin Yahya meminta penjualan minuman itu diketatkan.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Sapi melahirkan ke-bimbangan adanya remaja bawah umur dan belia Islam antara yang turut meminum minuman keras kerana sesiapa saja boleh membeli arak itu di kedai-kedai.

“Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan saya oleh ibu bapa yang bimbang dengan keadaan itu dan saya meminta pihak berkuasa mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Ha...ini barulah betul kau Datuk...yalah bah kan...sekarang ni minuman karas ni telampau banyak di pasaran...montuku...siapa bah yang kasi lesen durang membikin ini minuman karas...jual murah...senang budak tadika pun boleh minum...

Datuk kami sokong...hapuskan minuman montuku...wakaka

BNBBC harap Bajet Mini juga akan beri keutamaan terhadap masalah jalan raya

27th February, 2009

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Kera-jaan Barisan Nasional (BNBBC) Sabah ber-harap Bajet Mini yang akan dibentangkan Mac depan akan turut memberi keutamaan terhadap masalah infrastruktur jalan-jalan raya dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air di luar bandar.

Pengerusi BNBBC Sabah, Datuk Rubin Balang berkata, masalah lain yang masih wujud dan turut memerlukan perhatian di luar bandar ialah ketiadaan kemudahan kesihatan seperti Klinik Desa, selain prasaraan pendidikan yang masih mundur.

“Contohnya di kawasan saya, di Mukim Rundum, Kemabong yang masih tidak mempunyai kemudahan kesihatan, iaitu Klinik Desa, disamping prasarana pendidikan yang masih terpinggir dari arus kemodenan.

Wakaka...uiii na Datuk, kesadaran juga kau sama kawasan...ingatkan masih lagi mabuk-mabuk...masalah kemudahan asas di Sabah ani Datuk, bukan dalam bajet mini...ani ah dalam bajet inda mini...wakaka

Saturday, February 28, 2009

Ekuiti bumiputera di 263 syarikat asing masih terbiar

Ekuiti bumiputera di 263 syarikat asing masih terbiar
28/02/2009 12:49pm

KOTA KINABALU 28 Feb. - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan masih banyak ekuiti bumiputera di dalam syarikat asing terbiar dan belum diambil oleh usahawan tempatan.

Beliau berkata, ini termasuk ekuiti di 263 syarikat asing yang beroperasi di negara ini.
Katanya, apa yang menyedihkan, ekuiti tersebut masih gagal diambil walaupun peruntukan telah disediakan bagi membantu usahawan bumiputera merebut peluang itu.

``Kita mempunyai peruntukan yang disediakan oleh bank-bank berjumlah RM300 juta. Bagaimanapun daripada jumlah itu hanya RM100 juta digunakan.

``Ini bermakna peluang peruntukan perdagangan masih banyak belum digunakan lagi,'' katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Usahasama Tulen peringkat negeri Sabah di sini malam tadi. - utusan

Wakaka Datuk apa pasal dikasi biar ni...indada yg mau menghantam kasi...bagilah sama kroni-kroni...ahli perniagaan silap mata...mau kaya inda berusaha...Datuk, jangan kasi biar...kita bagi-bagilah sama kita..

Datuk, adik datuk yang kedapatan bawa dadah di KK tu mana sudah...bagi bah sama dia pink form satu...

Gaji menteri tidak dipotong

Gaji menteri tidak dipotong
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMANutusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 27 Feb. - Kerajaan negeri tidak bercadang memotong gaji menteri Kabinetnya bagi menangani krisis ekonomi dunia yang turut memberi kesan kepada negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pada masa ini keadaan ekonomi di negeri ini masih baik dan tidak memerlukan langkah seperti itu.

''Kita uruskan kewangan Sabah dengan bijak. Sejak awal lagi kita sudah berhemah dan perbelanjaan kita pun tidak ada masalah. Jadi setakat ini tidak perlu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Kolej Masterskill kampus Metro Kota Kinabalu di sini hari ini.

wakakaka...uiina macha, cuba kau kasi ajar PM Malaysia cara urus ekonomi negara...supaya jadi baik macam kau urus Sabah...kau kan bijak urus kewangan...ahli politik a.k.a ahli perniagaan...badigol betul la ko ni macha...

kami pun inda suruh menteri potong gaji...berapa kamu mau makan, kamu hantam sajalah...ini negeri kamu punya...wakaka

Wednesday, February 25, 2009

Pembangunan: Bung Mokhtar selar kerajaan BN

Pembangunan: Bung Mokhtar selar kerajaan BN
Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.
Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalanr aya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.
Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
“Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat. Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.
“Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku,” jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengah hari tadi.

Kah kah kah...siapa namanya orang ani...kelupaanku...macam bugis pulang namanya...banar-banar orang sabah ka ani...PTI mengkali...45 tahun sudah kitani merdeka lakat jua becerita pasal jeraya...baru ia tesedar kali...atutah di Parlimen jadi badut kau tangahnya...kah kah kah

Sabah tukar kepada Volvo, tiada yang ‘bising’

Sabah tukar kepada Volvo, tiada yang ‘bising’
“Tiada akhbar yang akan laporkan”, begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.
Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.
“Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan,” katanya.
Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum

kahkah...ngok betul la...mana ada yang bising...menteri memanglah suka dapat kereta baru...kerajaan pakai bukan duit rakyat...durang pakai duit royalti minyak macam Terengganu...kah kah kah...abis la Sabah kena belasah semuanya oleh Musang & Gang...kah kah kah padan muka kamu...kahkahkah

Polis adakan sesi dialog berhubung insiden Tingkayu

KOTA KINABALU 24 Feb. - Polis Sabah akan mengadakan sesi dialog bersama pekebun kecil dan pengurusan Koperasi Tingkayu berhubung kes pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kunak, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan penduduk dan pihak terbabit mendapat gambaran sebenar mengenai isu berkenaan.
''Saya sedang cuba mengatur untuk memberi penerangan kepada mereka. Penerangan ini dibuat secara menyeluruh, meliputi perkembangan siasatan, masalah tanah dan apa saja perkara berbangkit,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 12 Februari lalu, seorang pekebun kecil mati ditetak manakala lima lelaki lagi cedera parah setelah terbabit dalam pergaduhan dua kumpulan di ladang sawit Kampung Tingkayu.

kah kah kah...ini Koperasi Tingkayu Datuk siapa yang punya?...orang kunak atau orang dari KK...atau orang Indon...apa yang terlampau susah mau urus Tingkayu ni...semua macam kayu ka?...habis la tanah sabah kena rampok sama puak-puak ni...Osman jamal apa u punya komen?...kah kah kah...mulaut osman sudah kena sumbat RM mana dapat bercakap...kah kah

Amal sistem pengurusan Islam dalam pentadbiran

RANAU 24 Feb. - Semua agensi dan jabatan di negeri ini digesa mengamalkan sistem pengurusan berlandaskan Islam bagi mewujudkan kerajaan yang bersih, adil dan amanah.
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah berkata, bagi memastikan hasrat itu tercapai, latihan pengurusan yang bercirikan Islam perlu dipertingkatkan.
''Saya menyeru agar program seperti itu dapat dipertingkat dan dipergiatkan supaya semua organisasi di negeri ini dapat mengaplikasikan sistem pengurusan Islam dalam pentadbiran harian mereka.
''Diharapkan latihan melahirkan pemimpin dan ketua-ketua masyarakat dapat dipergiat supaya mereka boleh menjadi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam,'' katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Latihan Islam Kundasang dekat sini kelmarin. Utusan Malaysia.

Kahkah...Tuan yang terutama ini nasihat mau kasi sama siapa?...bukan jabatan sama agensi kerajaan saja...suruh juga para pemimpin lain macam YB supaya amal sistem Islam...pemimpin lain pun sama...sebab ramai juga pimpinan kitani di Sabah ni main jackpot di genting...ada yang kena tangkap di tengah laut...siapa?...kahkah sendiri mau ingat la!

Ketua Menteri Sabah: sengaja bermain api?

Saya membaca berita tentang barisan kabinet baru negeri Sabah, yangbaru diumumkan oleh Ketua Menteri. Sungguh mengejutkan!Nampaknya Ketua Menteri sengaja bermain api. Sepatutnya pertimbanganharuslah berasaskan kepentingan masyarakat Sabah seluruhnya. Bukanstrategi bagaimana untuk mengukuhkan dinasti sendiri.Dengan keadaan sekarang, di mana gelombang pembaharuan dan sentimengolongan muda sedang melimpah-ruah (dan siapa tahu, bakal melanda Sabahdalam pilihanraya ke-13 akan datang?): sepatutnya Ketua Menterimengambil pertimbangan bijak untuk mengekalkan kestabilan politiknegeri. Sekadar menyebut satu contoh: pemimpin senior berjiwa rakyatseperti Datuk Karim Bujang (yang berjaya menempatkan dirinya denganefektif dalam kelompok generasi muda, khususnya pelajar menangah danuniversiti) -- sepatutnya diberi mandat yang lebih besar untuk membinaimej Barisan Nasional (dan Kerajaan) negeri Sabah. Imej yang bagaimana?Imej yang 'muda' dan 'remaja' dari segi pendekatan pimpinan.

kah kah... ui na tangahnya...ini satu contoh ada orang kitani inda suka sama kita punya CM...mau baca selanjutnya...baca di sini bah.

Tuesday, February 24, 2009

Peruntukan RM80j untuk bina ‘laluan lebuh raya’ Keningau

Peruntukan RM80j untuk bina ‘laluan lebuh raya’ Keningau
23rd February, 2009
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno berkata, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan kira-kira RM80 juta untuk mengatasi kesesakan jalan raya di kawasan bandar Keningau.
Katanya, peruntukan itu yang akan digunakan untuk membina ‘laluan lebuh raya’, serta menaik taraf beberapa bahagian yang menyukarkan perhubungan ke Bandar itu, diperolehi melalui surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangani oleh semua wakil-wakil rakyat di kawasan pedalaman.
“Inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di sini,” katannya ketika ditemuramah oleh Keningau FM yang disiarkan secara langsung.

kah kah kah.. kan kau tengok ni gaman...80 juta...uii na banyak tu...berapa Sairin ni dapat?...Keningau ni macam Kl dia punya sesak sampai mau bina lebuhraya...oi Sairin kasi bikin dulu karan untuk orang kampung di Keningau...ngook la kau ni!

ADUAN: Kerosakkan Jalan Raya Kg Suang Parai Menggatal

ADUAN: Kerosakkan Jalan Raya Kg Suang Parai Menggatal ( Sumber: SabahDaily )

Saya sebagai penduduk Kg Suang Parai Menggatal amat kecewa dengan kerosakkan jalan raya kami yang disebabkan oleh lori-lori berat yang melalui jalan kg kami menuju ke 1 Borneo. Keadaan jalan semakin teruk dan semuanya telah rosak binasa.

Apabila kami mengadukan kepada pihak yang berwajib seperti DBKK dan JKR, namun semua aduan kami tidak diendah malahan mereka saling menuding jari tidak mahu bertanggungjawab atas masalah tersebut.

Kami sebagai penduduk Suang Parai Menggatal amat kecewa dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi tiada pihak yang mahu bertanggungjawab!!!

Oleh itu, kepada pihak berwajib yang prihatin dan kepada mereka yang berkenaan, tolong selesaikan masalah kami yang telah berlarutan selama hampir 1 tahun.

Sekian terima kasih.

Sumber: Di kirim ke email sabahdaily[a]gmail.com

Kah kah kah...kasihanlah kau gaman...kau bawalah orang kampung gotong-royong kasi repair itu jalan...kerajaan mana ada masa mau kasi repair...durang sibuk bah sekarang...yang umno kempen pemilihan...Si Kurup sibuk di Pensiangan...Pairin sibuk tengok brosur Volvo baru...bila mau sampai...kah kah kah

Rakyat perlu jadikan sains, teknologi dan inovasi budaya hidup: Maximus

Rakyat perlu jadikan sains, teknologi dan inovasi budaya hidup: Maximus
24th February, 2009
KOTA MARUDU: Rakyat di daerah ini diseru agar mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi sejajar dengan kemajuan dunia sekarang dan menuntut ilmu tanpa mengira faktor usia.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata ke-menteriannya berhasrat me-ningkatkan kesedaran masya-rakat supaya menghargai dan menjadikan sains, teknologi dan inovasi sebahagian dari budaya hidup mereka.
“Bagi tujuan ini Mosti dengan kerjasama pelbagai agensi dibawahnya bersama-sama dengan rakan-rakan di sektor swasta serta badan bukan kerajaan NGO telah mengambil inisiatif melaksanakan program aplikasi teknologi di peringkat komuniti,” katanya.

Kah kah...oi Dr Max, orang Kota Marudu mana faham sain teknologi dan inovasi ni...
kah kah ... durang faham ubi kayu, kacang sama montoku saja bah...durang tu miskin, mau tau macamana mau kasi naik taraf hidup...tidak lagi susah macam sekarang...ini sains inovasi mau sebut pun durang inda tau...ngook la kau ni max!

Selamat Berkenalan

Bah, ini ari sabahwatch mengasi mula tugas untuk mengawas keadaan sabah dari semua segi. Baik politik ekonomi sosial atau sukan, sabahwatch akan cuba menegur mana salah, mengkritik mana yang inda betul, menghentam mana yang inda patut!



Sebelum sabahwatch pegi jauh, minta ampun minta maaflah kepada siapa saja yang tekena nanti. Bukan niat menghentam keromo, satu niat untuk sama-sama mengasi maju negeri di bawah bayu kitani. Sabahwatch di bidang ini, blog bukan goblok. Kah kah kah!



Bukan apa bah, kalau negeri kitani dikasi biar indada yang say no, nanti semua main angguk-angguk saja. Sampai mau jual negeri pun kasi angguk, mana boleh.



Kalau kamurang ada bahan untuk dikasi siar, kasi email di sini: sabahwatch@gmail.com. Kita kongsi-kongsi sama semua rakyat Sabah!

Sabah Boleh!