Saturday, February 28, 2009

Ekuiti bumiputera di 263 syarikat asing masih terbiar

Ekuiti bumiputera di 263 syarikat asing masih terbiar
28/02/2009 12:49pm

KOTA KINABALU 28 Feb. - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan masih banyak ekuiti bumiputera di dalam syarikat asing terbiar dan belum diambil oleh usahawan tempatan.

Beliau berkata, ini termasuk ekuiti di 263 syarikat asing yang beroperasi di negara ini.
Katanya, apa yang menyedihkan, ekuiti tersebut masih gagal diambil walaupun peruntukan telah disediakan bagi membantu usahawan bumiputera merebut peluang itu.

``Kita mempunyai peruntukan yang disediakan oleh bank-bank berjumlah RM300 juta. Bagaimanapun daripada jumlah itu hanya RM100 juta digunakan.

``Ini bermakna peluang peruntukan perdagangan masih banyak belum digunakan lagi,'' katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Usahasama Tulen peringkat negeri Sabah di sini malam tadi. - utusan

Wakaka Datuk apa pasal dikasi biar ni...indada yg mau menghantam kasi...bagilah sama kroni-kroni...ahli perniagaan silap mata...mau kaya inda berusaha...Datuk, jangan kasi biar...kita bagi-bagilah sama kita..

Datuk, adik datuk yang kedapatan bawa dadah di KK tu mana sudah...bagi bah sama dia pink form satu...

Gaji menteri tidak dipotong

Gaji menteri tidak dipotong
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMANutusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 27 Feb. - Kerajaan negeri tidak bercadang memotong gaji menteri Kabinetnya bagi menangani krisis ekonomi dunia yang turut memberi kesan kepada negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pada masa ini keadaan ekonomi di negeri ini masih baik dan tidak memerlukan langkah seperti itu.

''Kita uruskan kewangan Sabah dengan bijak. Sejak awal lagi kita sudah berhemah dan perbelanjaan kita pun tidak ada masalah. Jadi setakat ini tidak perlu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Kolej Masterskill kampus Metro Kota Kinabalu di sini hari ini.

wakakaka...uiina macha, cuba kau kasi ajar PM Malaysia cara urus ekonomi negara...supaya jadi baik macam kau urus Sabah...kau kan bijak urus kewangan...ahli politik a.k.a ahli perniagaan...badigol betul la ko ni macha...

kami pun inda suruh menteri potong gaji...berapa kamu mau makan, kamu hantam sajalah...ini negeri kamu punya...wakaka

Wednesday, February 25, 2009

Pembangunan: Bung Mokhtar selar kerajaan BN

Pembangunan: Bung Mokhtar selar kerajaan BN
Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.
Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalanr aya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.
Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
“Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat. Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.
“Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku,” jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengah hari tadi.

Kah kah kah...siapa namanya orang ani...kelupaanku...macam bugis pulang namanya...banar-banar orang sabah ka ani...PTI mengkali...45 tahun sudah kitani merdeka lakat jua becerita pasal jeraya...baru ia tesedar kali...atutah di Parlimen jadi badut kau tangahnya...kah kah kah

Sabah tukar kepada Volvo, tiada yang ‘bising’

Sabah tukar kepada Volvo, tiada yang ‘bising’
“Tiada akhbar yang akan laporkan”, begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.
Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.
“Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan,” katanya.
Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum

kahkah...ngok betul la...mana ada yang bising...menteri memanglah suka dapat kereta baru...kerajaan pakai bukan duit rakyat...durang pakai duit royalti minyak macam Terengganu...kah kah kah...abis la Sabah kena belasah semuanya oleh Musang & Gang...kah kah kah padan muka kamu...kahkahkah

Polis adakan sesi dialog berhubung insiden Tingkayu

KOTA KINABALU 24 Feb. - Polis Sabah akan mengadakan sesi dialog bersama pekebun kecil dan pengurusan Koperasi Tingkayu berhubung kes pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kunak, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan penduduk dan pihak terbabit mendapat gambaran sebenar mengenai isu berkenaan.
''Saya sedang cuba mengatur untuk memberi penerangan kepada mereka. Penerangan ini dibuat secara menyeluruh, meliputi perkembangan siasatan, masalah tanah dan apa saja perkara berbangkit,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 12 Februari lalu, seorang pekebun kecil mati ditetak manakala lima lelaki lagi cedera parah setelah terbabit dalam pergaduhan dua kumpulan di ladang sawit Kampung Tingkayu.

kah kah kah...ini Koperasi Tingkayu Datuk siapa yang punya?...orang kunak atau orang dari KK...atau orang Indon...apa yang terlampau susah mau urus Tingkayu ni...semua macam kayu ka?...habis la tanah sabah kena rampok sama puak-puak ni...Osman jamal apa u punya komen?...kah kah kah...mulaut osman sudah kena sumbat RM mana dapat bercakap...kah kah

Amal sistem pengurusan Islam dalam pentadbiran

RANAU 24 Feb. - Semua agensi dan jabatan di negeri ini digesa mengamalkan sistem pengurusan berlandaskan Islam bagi mewujudkan kerajaan yang bersih, adil dan amanah.
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah berkata, bagi memastikan hasrat itu tercapai, latihan pengurusan yang bercirikan Islam perlu dipertingkatkan.
''Saya menyeru agar program seperti itu dapat dipertingkat dan dipergiatkan supaya semua organisasi di negeri ini dapat mengaplikasikan sistem pengurusan Islam dalam pentadbiran harian mereka.
''Diharapkan latihan melahirkan pemimpin dan ketua-ketua masyarakat dapat dipergiat supaya mereka boleh menjadi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam,'' katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Latihan Islam Kundasang dekat sini kelmarin. Utusan Malaysia.

Kahkah...Tuan yang terutama ini nasihat mau kasi sama siapa?...bukan jabatan sama agensi kerajaan saja...suruh juga para pemimpin lain macam YB supaya amal sistem Islam...pemimpin lain pun sama...sebab ramai juga pimpinan kitani di Sabah ni main jackpot di genting...ada yang kena tangkap di tengah laut...siapa?...kahkah sendiri mau ingat la!

Ketua Menteri Sabah: sengaja bermain api?

Saya membaca berita tentang barisan kabinet baru negeri Sabah, yangbaru diumumkan oleh Ketua Menteri. Sungguh mengejutkan!Nampaknya Ketua Menteri sengaja bermain api. Sepatutnya pertimbanganharuslah berasaskan kepentingan masyarakat Sabah seluruhnya. Bukanstrategi bagaimana untuk mengukuhkan dinasti sendiri.Dengan keadaan sekarang, di mana gelombang pembaharuan dan sentimengolongan muda sedang melimpah-ruah (dan siapa tahu, bakal melanda Sabahdalam pilihanraya ke-13 akan datang?): sepatutnya Ketua Menterimengambil pertimbangan bijak untuk mengekalkan kestabilan politiknegeri. Sekadar menyebut satu contoh: pemimpin senior berjiwa rakyatseperti Datuk Karim Bujang (yang berjaya menempatkan dirinya denganefektif dalam kelompok generasi muda, khususnya pelajar menangah danuniversiti) -- sepatutnya diberi mandat yang lebih besar untuk membinaimej Barisan Nasional (dan Kerajaan) negeri Sabah. Imej yang bagaimana?Imej yang 'muda' dan 'remaja' dari segi pendekatan pimpinan.

kah kah... ui na tangahnya...ini satu contoh ada orang kitani inda suka sama kita punya CM...mau baca selanjutnya...baca di sini bah.

Tuesday, February 24, 2009

Peruntukan RM80j untuk bina ‘laluan lebuh raya’ Keningau

Peruntukan RM80j untuk bina ‘laluan lebuh raya’ Keningau
23rd February, 2009
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno berkata, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan kira-kira RM80 juta untuk mengatasi kesesakan jalan raya di kawasan bandar Keningau.
Katanya, peruntukan itu yang akan digunakan untuk membina ‘laluan lebuh raya’, serta menaik taraf beberapa bahagian yang menyukarkan perhubungan ke Bandar itu, diperolehi melalui surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangani oleh semua wakil-wakil rakyat di kawasan pedalaman.
“Inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di sini,” katannya ketika ditemuramah oleh Keningau FM yang disiarkan secara langsung.

kah kah kah.. kan kau tengok ni gaman...80 juta...uii na banyak tu...berapa Sairin ni dapat?...Keningau ni macam Kl dia punya sesak sampai mau bina lebuhraya...oi Sairin kasi bikin dulu karan untuk orang kampung di Keningau...ngook la kau ni!

ADUAN: Kerosakkan Jalan Raya Kg Suang Parai Menggatal

ADUAN: Kerosakkan Jalan Raya Kg Suang Parai Menggatal ( Sumber: SabahDaily )

Saya sebagai penduduk Kg Suang Parai Menggatal amat kecewa dengan kerosakkan jalan raya kami yang disebabkan oleh lori-lori berat yang melalui jalan kg kami menuju ke 1 Borneo. Keadaan jalan semakin teruk dan semuanya telah rosak binasa.

Apabila kami mengadukan kepada pihak yang berwajib seperti DBKK dan JKR, namun semua aduan kami tidak diendah malahan mereka saling menuding jari tidak mahu bertanggungjawab atas masalah tersebut.

Kami sebagai penduduk Suang Parai Menggatal amat kecewa dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi tiada pihak yang mahu bertanggungjawab!!!

Oleh itu, kepada pihak berwajib yang prihatin dan kepada mereka yang berkenaan, tolong selesaikan masalah kami yang telah berlarutan selama hampir 1 tahun.

Sekian terima kasih.

Sumber: Di kirim ke email sabahdaily[a]gmail.com

Kah kah kah...kasihanlah kau gaman...kau bawalah orang kampung gotong-royong kasi repair itu jalan...kerajaan mana ada masa mau kasi repair...durang sibuk bah sekarang...yang umno kempen pemilihan...Si Kurup sibuk di Pensiangan...Pairin sibuk tengok brosur Volvo baru...bila mau sampai...kah kah kah

Rakyat perlu jadikan sains, teknologi dan inovasi budaya hidup: Maximus

Rakyat perlu jadikan sains, teknologi dan inovasi budaya hidup: Maximus
24th February, 2009
KOTA MARUDU: Rakyat di daerah ini diseru agar mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi sejajar dengan kemajuan dunia sekarang dan menuntut ilmu tanpa mengira faktor usia.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata ke-menteriannya berhasrat me-ningkatkan kesedaran masya-rakat supaya menghargai dan menjadikan sains, teknologi dan inovasi sebahagian dari budaya hidup mereka.
“Bagi tujuan ini Mosti dengan kerjasama pelbagai agensi dibawahnya bersama-sama dengan rakan-rakan di sektor swasta serta badan bukan kerajaan NGO telah mengambil inisiatif melaksanakan program aplikasi teknologi di peringkat komuniti,” katanya.

Kah kah...oi Dr Max, orang Kota Marudu mana faham sain teknologi dan inovasi ni...
kah kah ... durang faham ubi kayu, kacang sama montoku saja bah...durang tu miskin, mau tau macamana mau kasi naik taraf hidup...tidak lagi susah macam sekarang...ini sains inovasi mau sebut pun durang inda tau...ngook la kau ni max!

Selamat Berkenalan

Bah, ini ari sabahwatch mengasi mula tugas untuk mengawas keadaan sabah dari semua segi. Baik politik ekonomi sosial atau sukan, sabahwatch akan cuba menegur mana salah, mengkritik mana yang inda betul, menghentam mana yang inda patut!



Sebelum sabahwatch pegi jauh, minta ampun minta maaflah kepada siapa saja yang tekena nanti. Bukan niat menghentam keromo, satu niat untuk sama-sama mengasi maju negeri di bawah bayu kitani. Sabahwatch di bidang ini, blog bukan goblok. Kah kah kah!



Bukan apa bah, kalau negeri kitani dikasi biar indada yang say no, nanti semua main angguk-angguk saja. Sampai mau jual negeri pun kasi angguk, mana boleh.



Kalau kamurang ada bahan untuk dikasi siar, kasi email di sini: sabahwatch@gmail.com. Kita kongsi-kongsi sama semua rakyat Sabah!

Sabah Boleh!