Wednesday, February 25, 2009

Pembangunan: Bung Mokhtar selar kerajaan BN

Pembangunan: Bung Mokhtar selar kerajaan BN
Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.
Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalanr aya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.
Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
“Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat. Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.
“Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku,” jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengah hari tadi.

Kah kah kah...siapa namanya orang ani...kelupaanku...macam bugis pulang namanya...banar-banar orang sabah ka ani...PTI mengkali...45 tahun sudah kitani merdeka lakat jua becerita pasal jeraya...baru ia tesedar kali...atutah di Parlimen jadi badut kau tangahnya...kah kah kah

No comments: