Saturday, February 28, 2009

Ekuiti bumiputera di 263 syarikat asing masih terbiar

Ekuiti bumiputera di 263 syarikat asing masih terbiar
28/02/2009 12:49pm

KOTA KINABALU 28 Feb. - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan masih banyak ekuiti bumiputera di dalam syarikat asing terbiar dan belum diambil oleh usahawan tempatan.

Beliau berkata, ini termasuk ekuiti di 263 syarikat asing yang beroperasi di negara ini.
Katanya, apa yang menyedihkan, ekuiti tersebut masih gagal diambil walaupun peruntukan telah disediakan bagi membantu usahawan bumiputera merebut peluang itu.

``Kita mempunyai peruntukan yang disediakan oleh bank-bank berjumlah RM300 juta. Bagaimanapun daripada jumlah itu hanya RM100 juta digunakan.

``Ini bermakna peluang peruntukan perdagangan masih banyak belum digunakan lagi,'' katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Usahasama Tulen peringkat negeri Sabah di sini malam tadi. - utusan

Wakaka Datuk apa pasal dikasi biar ni...indada yg mau menghantam kasi...bagilah sama kroni-kroni...ahli perniagaan silap mata...mau kaya inda berusaha...Datuk, jangan kasi biar...kita bagi-bagilah sama kita..

Datuk, adik datuk yang kedapatan bawa dadah di KK tu mana sudah...bagi bah sama dia pink form satu...

No comments: