Tuesday, February 24, 2009

ADUAN: Kerosakkan Jalan Raya Kg Suang Parai Menggatal

ADUAN: Kerosakkan Jalan Raya Kg Suang Parai Menggatal ( Sumber: SabahDaily )

Saya sebagai penduduk Kg Suang Parai Menggatal amat kecewa dengan kerosakkan jalan raya kami yang disebabkan oleh lori-lori berat yang melalui jalan kg kami menuju ke 1 Borneo. Keadaan jalan semakin teruk dan semuanya telah rosak binasa.

Apabila kami mengadukan kepada pihak yang berwajib seperti DBKK dan JKR, namun semua aduan kami tidak diendah malahan mereka saling menuding jari tidak mahu bertanggungjawab atas masalah tersebut.

Kami sebagai penduduk Suang Parai Menggatal amat kecewa dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi tiada pihak yang mahu bertanggungjawab!!!

Oleh itu, kepada pihak berwajib yang prihatin dan kepada mereka yang berkenaan, tolong selesaikan masalah kami yang telah berlarutan selama hampir 1 tahun.

Sekian terima kasih.

Sumber: Di kirim ke email sabahdaily[a]gmail.com

Kah kah kah...kasihanlah kau gaman...kau bawalah orang kampung gotong-royong kasi repair itu jalan...kerajaan mana ada masa mau kasi repair...durang sibuk bah sekarang...yang umno kempen pemilihan...Si Kurup sibuk di Pensiangan...Pairin sibuk tengok brosur Volvo baru...bila mau sampai...kah kah kah

No comments: