Saturday, February 28, 2009

Gaji menteri tidak dipotong

Gaji menteri tidak dipotong
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMANutusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 27 Feb. - Kerajaan negeri tidak bercadang memotong gaji menteri Kabinetnya bagi menangani krisis ekonomi dunia yang turut memberi kesan kepada negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pada masa ini keadaan ekonomi di negeri ini masih baik dan tidak memerlukan langkah seperti itu.

''Kita uruskan kewangan Sabah dengan bijak. Sejak awal lagi kita sudah berhemah dan perbelanjaan kita pun tidak ada masalah. Jadi setakat ini tidak perlu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Kolej Masterskill kampus Metro Kota Kinabalu di sini hari ini.

wakakaka...uiina macha, cuba kau kasi ajar PM Malaysia cara urus ekonomi negara...supaya jadi baik macam kau urus Sabah...kau kan bijak urus kewangan...ahli politik a.k.a ahli perniagaan...badigol betul la ko ni macha...

kami pun inda suruh menteri potong gaji...berapa kamu mau makan, kamu hantam sajalah...ini negeri kamu punya...wakaka

No comments: