Wednesday, May 27, 2009

Tiada pilih kasih

26th May, 2009

SIPITANG: Rakyat khususnya di luar bandar tidak harus merasa bimbang kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menafikan kawasan itu dalam usaha menjadikan negara membangun dan maju.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata BN tidak mengamalkan sikap pilih kasih.

“Bagi kita adalah penting setiap pembangunan yang dilaksanakan dan kemajuan yang dicapai dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh,” kata-nya pada majlis kesyukuran kemenangan BN di daerah mengundi Mendu-long dan program pemimpin turun padang di sini kelmarin.

wakaka...memang kerajaan inda pilih kasih...itu sebab orang kampong dapat jalanraya inda berabuk...paip ada air keluar...dapat karan...tiang letrik macam di jalan kepayan...wakaka

wakaka...memang semua rakyat dapat kemajuan...macam di kampong...inda payah susah-susah potong getah...tangkap ikan...semua dapat projek segera...semua orang dapat bikin kalbut...bikin bus stop 3,000...lepas tu kambing duduk masa hujan...wakaka

hai datuk...sudah satu tahun masih ada majlis kesyukuran kemenangan bn...wakaka...lawaklah kau ni datuk...wakaka

Senang Hati Rakyat

19th May, 2009

KOTA KINABALU: Projek Lingkaran Luar Kota Kinabalu fasa dua yang dimeterai kelmarin antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Konsortium YBS Tenaga-Global Globe Sdn Bhd bakal memperkukuhkan kestabilan, kualiti dan sekuriti bekalan elektrik di sini dan kawasan sekitarnya.

Projek bernilai RM149 juta ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan, kata Pengarah Urusan SESB Ir Baharin Din.

wakaka...baca berita ini senang hati rakyat...rumah indada karan boleh sudah kasi wiring...wakaka...tapi jangan dulu...ini kawasan bandar saja...kawasan kampung tunggu dulu..wakaka

wakaka... orang kampong inda mampu bayar karan...jadi pakailah pelita minyak gas...orang bandar mampu bayar karan...sebab itu mau dikasi kemudahan cukup-cukup...wakaka...tunggulah kau orang kampung kucing bertanduk lima..baru karan sampai di kampong kau bah..wakaka

LEBIH SEPARUH SUDAH BELANJA

27th May, 2009

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi negeri ini adalah pada tahap 54.90 peratus sehingga 30 April tahun ini.

Beliau berkata, sejumlah RM10.656 bilion telah dibelanjakan daripada jumlah RM19.410 bilion peruntukan pembangunan dalam RMK-9.

“Bagi suku pertama tahun ini, iaitu sehingga 30 April lalu sebanyak RM580 juta atau (hampir 16.5 peratus ) dibelanjakan daripada RM3.5 bilion peruntukan dalam RMK-9 untuk tahun ini,” katanya kepada pemberita pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innoprise, di sini kelmarin.

wakaka..harap sudah dibelanja tepat ke sasaran...bukan setakat buat projek kasi kaya kroni...dengar cerita ada benggali dapat projek luar bandar sampai 370,000...lepas tu jual sama jkkk...tolak sana tolak sini...adalah 50% dibelanja buat projek..50% lagi bayar di atas sama untung atas angin...wakaka

wakaka...rakyat dapat apa...dapatlah jalanraya kena tabur batu 2-3 lori...parit kasi bersih...ada juga inda kena bikin...claim saja...wakaka

Friday, May 22, 2009

Mintak Mahap!

Mintak mahap untuk semua peminat Sabahwatch...lama inda menulis...sibuk sedikit dengan banyak urusan...sambil ada out station yang inda membolehkan menulis.
Kemahapan dipohon...

Kondom, pil cegah kehamilan dijual secara terbuka punca gejala sosial remaja

14th May, 2009
KENINGAU: Sama seperti pil pencegah kehamilan, kondom turut dijual secara terbuka di kaki-kaki lima daerah ini, membuktikan kebimbangan masya-rakat bahawa gejala sosial di kalangan anak remaja di sini semakin meruncing.
Apakah puncannya? Persoalan itu menjadi tandatanya rata-rata penduduk, pada ketika penguatkuasaan undang-undang kerap dilakukan.
Awal bulan ini sepasang pelancong antarabangsa yang singgah berehat di bandar kecil ini, dalam perjalanan menghadiri Pesta Kalimaran, mendakwa pil pencegah kehamilan dijual secara terbuka di sini, apa yang mereka sifatkan pendorong kepada gejala sosial di kalangan anak-anak remaja.
“Ia tidak berlaku di Eropah,” jelas pelancong itu yang turut terkejut kerana bahan berjadual itu diseludup di sebuah negara jiran.

Inilah masanya pihak berkuasa...polis...PBT...menjalankan tugas...memastikan bahan larangan seperti tidak dijual berleluasa...cegah sebelum parah...sebelum kegiatan membuang bayi seperti di Malaya yang semakin teruk...
...pada masa sama...NGO...aktivis dan masyarakat...serta badan agama...turut bekerjasama...demi memastikan keharmonian Sabah...kekal terprlihara...!

Elak ada rakyat rasa terpinggir: Sapawi

17th May, 2009
BEAUFORT: Elak daripada adanya rakyat di kawasan masing-masing merasa terpinggir dari sebarang program yang dianjurkan.
Itulah nasihat Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung pada majlis penutupan program gotong-royong, bumi hijau dan cinta alam di Kampung Teratak Padas Damit dekat sini kelmarin.
Beliau berkata setiap program yang hendak dilaksanakan dipastikan melibatkan rakyat seca-ra menyeluruh khususnya generasi muda.

wakaka...ada jua program datuk di kawasan...dengarku dangan bepada datuk atu sibuk banar...jarang banar masuk kawasan...sampai banjir pun inda sampat belawat...menteri pun sampat jua...ani baru MP...sudah tah sombong banar...nya dangan atu...wakaka

Kementerian mungkin putuskan Kampung Muslim tidak lagi dijadikan penempatan

18th May, 2009
LABUAN: Kementerian Wilayah Perseku-tuan akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penempatan Kampung Muslim yang terbakar baru-baru ini tidak lagi di jadikan tapak penempatan sementara pelarian Fili-pina Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR).
Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerianya bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mencari tapak baru yang lebih seseuai untuk menggantikan penempatan kampung Muslim.

wakaka...baguslah datuk cepat-cepat bertindak sebelim durang bikin rumah balik...kerajaan sabah...bila mau tutup UNHCR kinarut pula....atau kasi biar durang...jadi pot jual syabu?...wakaka

Masalah setinggan di Sabah akan diatasi segera

19th May, 2009
KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha memastikan masalah setinggan di negara ini khususnya di Sabah dapat diatasi dengan segera.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi mengatasi masalah setinggan di negeri ini.
“Penambahan peruntukan itu adalah bagi ka-wasan setinggan yang didiami masyarakat bumiputera Sabah dan bukannya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Wakaka...mau atasi masalah setinggan...pigi tengok di KK la datuk...sana kawasan bakau dekat likas...hari ini kasi roboh...lusa sudah palipin kasi naik balik...apa puncanya?...
masalah ini indakan selesai...selagi permintaan buruh kepada PTI ini inda dikasi berhenti...durang sanggup bergaji murah...tiada epf...tiada perkeso...taukeh pun suka kalau imigresen ambush...inda payah bayar gaji...wakaka

Monday, May 4, 2009

Musa mahu 1Malaysia dihayati

SEMPORNA: Ketua Men-teri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru agar semua pihak terutama pemimpin dan penjawat awam menghayati sepenuhnya konsep 1Malaysia, Rakyat Didahu-lukan, Pencapaian Diutama-kan yang diilhamkan Per-dana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penghaya-tan dan komitmen bagi men-terjemahkan konsep 1Malay-sia adalah perlu bagi memastikan kejayaan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
“Rakyat merupakan pe-langgan utama kerajaan dan oleh itu mereka berhak mendapatkan yang terbaik daripada perkhidmatan kerajaan.

wakaka...mau dihayati macamana tu datuk...dihayati ni macam makan kuih pau ka..atau minum montoku...wakaka
rakyat berhak mendapatkan yang terbaik daripada perkhidmatan kerajaan...jangan cakap banyak datuk...cuba pigi jabatan tanah...tunggu berapa lama mau tunggu urus tukar nama tanah sendiri...atau pigi jabatan lain...mau jumpa bos tunggu dari pagi sampai tengahari...belum tentu jumpa...last kena suruh datang besok...alasan dibagi mesyuarat...macam ini 1malaysia...wakaka

Desakan minta Raymond Tan letak jawatan dihentikan: TPM

3rd May, 2009
MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pe-ngerusi BN untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Perdana Menteri akan ke Sabah (pada Isnin), sudah semestinya perkara itu akan dibincangkan. Saya tahu ada perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, namun usaha-usaha desakan perlulah dihentikan.

“Serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan perkara itu akan dapat diselesaikan, tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini kelmarin

wakaka...mana ada dalam sejarah orang indada parti jadi TKM...kalau berani letak Ibrahim Ali jadi TPM ganti Muhyiddin...wakaka...
kita desak supaya cara ini dibetulkan...bukan inda percaya...sudah diserah semasa KM...tapi oleh kerana dia ni inda bijak...kita desaklah...ni apa hal sampai mau setengah tahun inda masuk mana-mana parti..wakaka...ingat telampau kuat kah....wakaka

Belia disaran fahami konsep 1Malaysia

3rd May, 2009

KOTA KINABALU: Golongan belia disaran su-paya berusaha memahami konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kepimpinan negara.
Exco Penerangan Negeri Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata konsep yang diperkenalkan itu salah satu tujuannya ialah untuk memperkukuh dan mempermantapkan persefahaman serta perpaduan antara kaum di kalangan rakyat negara ini.

Wakaka...selagi BN...sekolah ikut kaum...berita tv ikut bahasa kaum sendiri...1 malaysia ni jadi retorik...untuk tarik pengundi sajalah...wakaka...satu mau tanya sama datuk ni...datuk sudah faham kah 1 malaysia ni?...atau masih ikut kaum kedayan brunei lundayeh murut cina...wakaka