Wednesday, May 27, 2009

LEBIH SEPARUH SUDAH BELANJA

27th May, 2009

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi negeri ini adalah pada tahap 54.90 peratus sehingga 30 April tahun ini.

Beliau berkata, sejumlah RM10.656 bilion telah dibelanjakan daripada jumlah RM19.410 bilion peruntukan pembangunan dalam RMK-9.

“Bagi suku pertama tahun ini, iaitu sehingga 30 April lalu sebanyak RM580 juta atau (hampir 16.5 peratus ) dibelanjakan daripada RM3.5 bilion peruntukan dalam RMK-9 untuk tahun ini,” katanya kepada pemberita pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innoprise, di sini kelmarin.

wakaka..harap sudah dibelanja tepat ke sasaran...bukan setakat buat projek kasi kaya kroni...dengar cerita ada benggali dapat projek luar bandar sampai 370,000...lepas tu jual sama jkkk...tolak sana tolak sini...adalah 50% dibelanja buat projek..50% lagi bayar di atas sama untung atas angin...wakaka

wakaka...rakyat dapat apa...dapatlah jalanraya kena tabur batu 2-3 lori...parit kasi bersih...ada juga inda kena bikin...claim saja...wakaka

3 comments:

JomoSamaTuaran said...

Siapa agaknya yang layak dapat projek kerajaan BN Sabah..?? Pakcik yang jual sayur dipasar,atau yang jual ikan tu, atau makcik yang jual kuih tu, atau atuk saya, yang jalan pakai 4 tongkat tu..SIAPA AGAKNYA YEE..???

Atau.. pakcik yang hari-hari maki kerajaan dikedai kupi tu.. atau barangkali... atau orang2 Keadilan, PAS dan SAPP..kan,kan,kan,kan!!!
Kasi makan kenyang2 itu anjing.. lepas tu suruh dia gigit kita balik.. sadap tu!!

APAPUN YANG KERAJAAN BUAT.. SEMUANYA SALAH DI MATA ORANG2 YANG MENENTANG KERAJAAN. BAIK LAGI ADA, DARIPADA YANG TIADA... CAKAP SAJA PANDAI, TAPI... APA PROJEK SYDAH YANG PEMBANGKANG BUAT DI NEGARA INI?? NYAH RU'UN PAKKK....BRANTI NU NGARANG...

lambunau said...

Cuba bagi satu contoh di mana2 negara dalam dunia ni yang pembangkangnya bagi projek kepada rakyat? NYAH RU'UN... tu la nda paham tu payah mau bagi paham. Duit yang kerajaan guna untuk projek tu bukan hak milik kerajaan tetapi duit rakyat, ULANG SEKALI LAGI, DUIT RAKYAT. Kalau mau tengok projek dari pembangkang yang ada sekarang, tukarkan lah diorang jadi kerajaan, ada la projek.

lambunau said...

Yang layak dapat projek Kerajaan ialah kontraktor berkelayakan dan terbukti hasil kerjanya bermutu melalui tender secara terbuka,
bukan yang buat stadium harga hampir RM300 juta tapi baru setahun siap sudah runtuh, buat dewan sekolah pun runtuh.

Itu lah kontraktor yang dianugerahkan projek secara terus dari kerajaan BN. Lama2 ndada urang mau masuk bangunan baru kerajaan. Mini Putrajaya pun khabarnya banyak yang retak. Siapa mau jawab ni?