Monday, May 4, 2009

Desakan minta Raymond Tan letak jawatan dihentikan: TPM

3rd May, 2009
MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pe-ngerusi BN untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Perdana Menteri akan ke Sabah (pada Isnin), sudah semestinya perkara itu akan dibincangkan. Saya tahu ada perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, namun usaha-usaha desakan perlulah dihentikan.

“Serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan perkara itu akan dapat diselesaikan, tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini kelmarin

wakaka...mana ada dalam sejarah orang indada parti jadi TKM...kalau berani letak Ibrahim Ali jadi TPM ganti Muhyiddin...wakaka...
kita desak supaya cara ini dibetulkan...bukan inda percaya...sudah diserah semasa KM...tapi oleh kerana dia ni inda bijak...kita desaklah...ni apa hal sampai mau setengah tahun inda masuk mana-mana parti..wakaka...ingat telampau kuat kah....wakaka

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik