Wednesday, February 25, 2009

Polis adakan sesi dialog berhubung insiden Tingkayu

KOTA KINABALU 24 Feb. - Polis Sabah akan mengadakan sesi dialog bersama pekebun kecil dan pengurusan Koperasi Tingkayu berhubung kes pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kunak, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan penduduk dan pihak terbabit mendapat gambaran sebenar mengenai isu berkenaan.
''Saya sedang cuba mengatur untuk memberi penerangan kepada mereka. Penerangan ini dibuat secara menyeluruh, meliputi perkembangan siasatan, masalah tanah dan apa saja perkara berbangkit,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 12 Februari lalu, seorang pekebun kecil mati ditetak manakala lima lelaki lagi cedera parah setelah terbabit dalam pergaduhan dua kumpulan di ladang sawit Kampung Tingkayu.

kah kah kah...ini Koperasi Tingkayu Datuk siapa yang punya?...orang kunak atau orang dari KK...atau orang Indon...apa yang terlampau susah mau urus Tingkayu ni...semua macam kayu ka?...habis la tanah sabah kena rampok sama puak-puak ni...Osman jamal apa u punya komen?...kah kah kah...mulaut osman sudah kena sumbat RM mana dapat bercakap...kah kah

No comments: