Monday, March 2, 2009

RM500 JUTA UNTUK TINGKAT BEKALAN ELEKTRIK SABAH

20th February, 2009

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memperuntukkan RM500 juta pada tahun ini meningkatkan sistem bekalan elektrik di Sabah, kata Pengarahnya Urusannya, Ir Baharin Din kelmarin.

Katanya, peruntukan yang besar itu diperlukan kerana Sabah masih menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik dan usaha mengatasinya perlu dilakukan melalui pelaksanaan projek tersebut.

“Peruntukan itu, diperolehi SESB melalui pinjaman dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat SESB Bersama Pemimpin Komuniti di Gum-Gum di sini.

Beliau berkata, projek itu merupakan sokongan SESB untuk pembangunan yang semakin pesat di negeri itu dan selaras dengan peranan SESB sebagai penjana elektrik kepada rakyat dan kerajaan.

Dari jumlah peruntukan itu, katanya, RM25 juta digunakan untuk projek meningkatkan bekalan elektrik di daerah ini, yang dilaksana bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

“Ia turut melibatkan pemberian bekalan elektrik kepada 45 buah kampung di luar bandar termasuk kawasan pulau-pulau membabitkan 3,000 isi rumah, dengan peruntukan RM17 juta,” katanya.

wakaka...bagus, kalau sudah ada duit...kasi pasanglah elektrik untuk orang kampong yang indada elektrik tu...jangan ada lagi kampong masih pakai lampu minyak tanah...kasian durang...sudah merdeka masih hidup macam zaman penjajah...

Lagi satu...ini Sabah bukan sandakan...bukan libaran...bukan sungai sibuga saja...ada banyak lagi kawasan yang indada karan...wakaka

Bagaimanapun, katanya, SESB sudah membekalkan kemudahan itu kepada 38 kampung di sekitarnya.


Baharin berkata, terdapat lapan buah kampung di kawasan Libaran masih belum menikmati bekalan elektrik sepenuhnya yang kini merupakan senarai untuk mendapatkan bekalan itu kelak

No comments: