Thursday, March 12, 2009

Anggota Parlimen Sabah, Sarawak tidak puas hati tahap pembangunan

11th March, 2009


KUALA LUMPUR: Beberapa anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak sekali lagi menggamatkan sidang Dewan Rakyat kelmarin apabila mereka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ketidakseimbangan pembangunan di kedua-dua negeri itu berbanding di Semenanjung.


Bagi mereka, apa yang dibentangkan dan dinyatakan menerusi projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan pusat, hanyalah janji-janji manis atau ‘gula-gula’ yang diberikan kepada rakyat di negeri itu sedangkan kenyataannya masih belum dapat dilihat dengan jelas.


Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata keadaan pembangunan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.

wakaka...ini sudah bagus...satu berita baik...bila yb2 kita mulai sedar...ramai lagi penduduk sabah yg perlu pembelaan...banyak lagi kampung yang mau dikasi bangun...bagus...ini ertinya yb2 kitani sudah bangun...inda lagi tidur...wakaka
wakaka..sebagai rakyat biasa...orang kita misti sokong 100% perjuangan yb2 semua...kasi maju sabah...negeri miskin tapi ada minyak...tapi kalau yb2 inda betul dalam tugas...kita tatap kasi hentam juga...wakaka

2 comments:

Anonymous said...

Selain Bung Mukhtar,Anipah Aman dan Ghaffur Salleh, tahap penyampaian MP dari Sabah agak mengeciwakan. Mereka kelihatan kaku dan tidak pandai bercakap. Ramai yang tidak mahir berbahas dan tergagap-gagap di parlimen. Macam mana mau menyampaikan hasrat rakyat kalau tidak petah bercakap. Teruk teruk, ada yang duduk memanaskan kerusi saja..

Anonymous said...

Dijemput ke: datusulaiman.blogspot.com

Sila linkkan add.saya dalam blog tuan ni.permisi//