Wednesday, March 18, 2009

17,000 dari 71 kampung terjejas banjir di Beaufort

16th March, 2009


BEAUFORT: Lebih 17,000 penduduk daripada 71 buah kampung di daerah ini terjejas akibat bencana banjir yang melanda daerah ini sejak dua hari lalu dan keadaannya bertambah buruk, kelmarin.


Seramai 179 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Pa’ Musa dan Balai Kelas Fardu Ain (Kafa) di Kampung Limbawang, dekat sini sejak Sabtu.


Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Sidek Abdul Jubar berkata, mereka yang dipindahkan itu adalah daripada beberapa buah kampung yang teruk terjejas teruk dengan bencana itu, selain itu ada juga mangsa yang berpindah ke rumah keluarga mereka.
“Daripada jumlah mangsa yang dipindahkan itu, seramai 169 orang di tempatkan di Dewan Pa’ Musa, manakala 10 mangsa lagi ditempatkan di Balai Kafa di Kampung Limbawang, dekat sini.

hari ni kita jangan ketawa...kesian orang beaufort kebanjiran...dengar khabar kali ini agak teruk dia punya banjir...apa boleh buat bah kan...ini pun rezeki juga...

...yang lagi kesian...dengar khabar satu YB tu banjir sudah turun baru nampak muka...masa banjir mula naik dia bejalan ke KL...bila rakyat telepon...dia jawab bawa anak pigi mendaftar utm johor...orang lain lagi telepon...dia jawab mesyuarat umno di johor...kesian kan orang beaufort...kena tipu hidup-hidup...kesiannnnnn

oi YB...dulu bolehlah kau tipu...sekarang rakyat sudah sedar ma...

No comments: