Wednesday, March 18, 2009

BN henti pendekatan pembangunan ‘Mee Segera’ hadapi p-raya: Najib

15th March, 2009
TAIPING: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
“Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk…di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

wakaka...1 kita mau tanya...lepas ini mau pakai pendekatan apa?...pendekatan kue tiaw... wakaka...hello datuk...yang rakyat benci bukan pendekatan mee ka nasi ka...rakyat benci pembangunan tidak seimbang...banyak kampung ketinggalan...kemudahan asas...air..letrik..belum sempurna...selepas lebih setengah abad merdeka...
...macam datuk ghapur cakap...beza sabah sama semenenjung...macam langit sama bumi...ini yang rakyat inda suka...pakailah pendekatan apa pun...

No comments: