Monday, March 2, 2009

Arifin: Sedco terus lahirkan usahawan b-putera berwibawa

25th February, 2009

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) akan terus meningkatkan usaha melahirkan usahawan-usahawan bumiputera berwibawa dan berupaya membimbing serta menjadi contoh kepada usahawan lain di negeri ini.

Pengerusi Sedco Datuk Haji Mohd Arifin Arif berkata, ini akan dilakukan dengan memberi peluang kepada golongan usahawan mengurus premis-premis yang disediakan Sedco serta menjalin usaha sama dengan usahawan-usahawan baru.

“Usahawan yang mempunyai ciri-ciri positif wajar diberi peranan sebagai pembimbing agar kecekalan dan semangat mereka memberi inspirasi dan dapat dicontohi oleh usahawan yang baru bertapak dalam bidang ini,” katanya sempena lawatan dua hari ke Lahad Datu dan Sandakan baru-baru ini.

Wakaka...usahawan bumiputera...wakaka...usahawan berwibawa...wakaka...lucu lah kau ni Datuk...Oi Datuk kalau setakat buat kursus besiri-siri inda kesudahan...sampai bila mau kasi lahir usahawan...

Senang ja Datuk...suruh durang melabur...kasi duit sama Ag Binting...untung juta-juta...wakaka...macamana mau jadi usahawan...dapat projek jual sama cina...wakaka

No comments: