Monday, March 2, 2009

Samsudin minta penjualan minuman keras diperketat

25th February, 2009

SANDAKAN: Penjualan berleluasa minuman keras yang berharga kurang RM10 sebotol di kedai-kedai dan pasar raya di daerah ini membuatkan Wakil Rakyat Se-kong, Datuk Samsudin Yahya meminta penjualan minuman itu diketatkan.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Sapi melahirkan ke-bimbangan adanya remaja bawah umur dan belia Islam antara yang turut meminum minuman keras kerana sesiapa saja boleh membeli arak itu di kedai-kedai.

“Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan saya oleh ibu bapa yang bimbang dengan keadaan itu dan saya meminta pihak berkuasa mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Ha...ini barulah betul kau Datuk...yalah bah kan...sekarang ni minuman karas ni telampau banyak di pasaran...montuku...siapa bah yang kasi lesen durang membikin ini minuman karas...jual murah...senang budak tadika pun boleh minum...

Datuk kami sokong...hapuskan minuman montuku...wakaka

No comments: