Monday, March 2, 2009

PIBG kesal Pejabat Pelajaran Membakut ditutup

20th February, 2009


MEMBAKUT: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kerajaan Bongawan II melahirkan kekesalan dan marah dengan tindakkan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah me-nutup Pejabat Pelajaran di Daerah Kecil Membakut.


Tindakan menutup pejabat itu di sini sudah pasti akan banyak menimbulkan masalah dan memberikan bebanan kepada ibu bapa pelajar kerana terpaksa berurusan lebih jauh iaitu ke Pejabat Pelajaran Papar.


Apa rasionalnya tindakan Jabatan Pelajaran menutup pejabat pelajaran di sini dan tindakan itu secara tidak langsung telah memaksa dan membebankan rakyat khususnya kepada para ibu bapa dan pelajar dari daerah Membakut dan Bo-ngawan untuk berurusan ke Pejabat Pelajaran Papar sedangkan kewujudan pejabat itu di sini amat diperlukan dan dapat mempermudahkan urusan rakyat di sini.


Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kerajaan Bongawan II, Salleh Wahid, memberitahu demikian semasa menghubungi NST pada Khamis dan beliau sebagai mewakili ibu bapa dan pelajar melahirkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan yang tidak rasional Jabatan Pelajaran menutup kemudahan yang sedia ada.

wakaka...patut tah bah pejabat ani ditutup...bukannya ramai jua orang membakut atu...sekolah pun berapa buah nganya...lagipun daerah membakut ani kan taraf daerah kecil...patut tah bah ia ditutup...inda pun suruh Datuk Anipah membuka balik...pejabat di bawak pohon kayu..wakaka

No comments: