Monday, March 2, 2009

Pemuda Umno Sabah hantar empat calon tanding Exco Pemuda Umno Pusat

20th February, 2009


KOTA KINABALU: Pergerakan Pe-muda Umno Sabah memutuskan akan menghantar empat calon dalam pertandingan Exco Pemuda Umno Pusat.


Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda Kalabakan, Gasing Haji Saling, Mantan Ketua Pemuda Umno Semporna, Nixon Haji Abd Habi, Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Baharul Razha Haji Chuprat dan Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Haji Jafar.


Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Japlin Akim, berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa program bagi memperkenalkan calon yang bertanding kepada perwakilan pada 28 Februari ini.


“Kita akan membawa mereka untuk mendekati pemimpin akar umbi dan perwakilan di setiap bahagian,” katanya......



wakaka...muka-muka ni indada harapan...pok bagi banyak sajalah boleh menang...kalau harap muka pecah pintu ni mana ada harapan...Nixon, apa nama ni...PTI ka...di Sempolna pun inda menang ada hati mau tanding...wakakaka



.....Berkata dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, di Bangunan Umno di sini, Japlin berkata dalam mesyuarat berkenaan pihaknya turut membincangkan tentang persediaan Pemuda Umno Negeri ke Perhimpunan Agung Umno Pusat di Kuala Lumpur pada Mac depan.


“Dalam persidangan itu nanti, kita juga telah memutuskan Exco Pemuda Hasnol Ayub sebagai wakil Pemuda Umno untuk berucap dalam perhimpunan itu nanti.


“Kita juga turut membincangkan persiapan yang lebih rapi sekiranya Majlis Tertinggi memutuskan pilihan raya akan diadakan di Pensiangan,” katanya yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur



Ha ini lagi satu badigol...oi gaman itu pilihanraya bukan Majlis Tertinggi yang kasi putus...apa punya bangang kau ni...itulah dulu inda mau sekolah...sudah besar kasi susah rakyat...Hahaha

No comments: