Friday, April 3, 2009

Cadangan guru boleh berpolitik dengan bersyarat: Hishammuddin

3rd April, 2009
PULAU PINANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan ca-dangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang da-lam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.

“Cadangan saya itu bersyarat, se-mangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan Umno ia bermula dengan semangat guru-guru.
“Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas,” katanya.

wakaka..bayangkan kalau pegawai pelajaran daerah ikut berpolitik...mesti ramai ajk umno dapat kontrek...wakaka...sure boleh berpolitik sokong umno ja ni...kalau sokong yang lain inda boleh ni...wakaka...habis la budak-budak sekolah lepas ni...kecil-kecil lagi bawa keris pigi sekolah...wakaka

No comments: