Saturday, April 4, 2009

Datuk Najib PM Baru

Harapan Sabahwatch kepada PM baru Malaysia supaya nasib rakyat bawahan di Sabah dapat dibela. Orang Sabah inda lagi melihat kemajuan hanya di kaca TV.

Kemudahan asas untuk rakyat Sabah seperti letrik, air, jalanraya dsb akan dapat disempurnakan. Selepas merdeka melalui Malaysia 36 tahun jangan ada lagi yang masih berpelita minyak tanah, minum air perigi, mandi air sungai yang macam air milo, melalui jalan grabel macam jalan angkut kayu balak.

Hak rakyat Sabah mendapatkan pendidikan sempurna, guru yang terlatih, bangunan yang cantik, kemudahan lain untuk kemajuan pelajar Sabah terutama di luar bandar.

Sabah negeri kaya dengan menyumbang minyak untuk kekayaan negara, sayangnya keadaan Sabah tidak menggambarkan kekayaannya. Masih ditakuk lama, masih ketinggalan dan masih mundur.

Harap semua perkara ini dapat dipandang dan diambil serius oleh Datuk Najib selepas ini. Bukan dijanji semasa pilihanraya, hilang dengan janji manis. Datang pilihanraya semula, janji ditabur lagi!

6 comments:

Anonymous said...

mimang masih mcm dulu tu... kami yg tinggal di pisuk2 hutan belantara daif betul! jalan raya pun inda da.
harap diurang bulih tolong buat jalan yg bagus2 sikit untuk kami yg tinggal dalam ceruk2 hutan....

FL Feinier said...

Memang sedih dan menyakitkan hati... Paling jelas, projek2 pembangunan hanya dijanjikan (belum tentu dilaksanakan) semasa pilihan raya saja.. Konon, hanya BN yg mampu membangunkan Malaysia..

Well, saya bukan tidak suka BN.. saya suka dan saya hargai segala jasa2 pemimpin BN sejak dulu lagi... tapi, masalahnya, ramai pemimpin BN dan tidak terkecuali Pembangkang, kebanyakkannya Gila Kuasa dan Harta...

Kebajikan masyarakat dan kebaikan negara, di abaikan... hanya sebilangan kecil saja pemimpin dalam BN dan Pembangkang yg betul2 bersuara dan buat kerja untuk kebaikan rakyat...

sedih yg teramat sangat...

FL Feinier said...

Tak apa lah kalu yg gila kuasa ni, bila uda dapat kuasa, ada niat supaya dapat kawal menteri2 yg di bawah dan berusaha untuk mencapai matlamat wawasan 2020...

tapi, kalu hanya bertujuan untuk mengkayakan diri sendiri dan keluarga, kroni2, mang susah lah..

that y, paling penting, Malaysia mesti ada Check and Balance.. The Ambudsman dan ISA (hanya untuk yg boleh mengugat perpaduan kaum dan fitnah tanpa bukti)..

My-RiE said...

sabar ja tngok pemimpin2 skrg ni mengaut keuntungan negeri lain..

Klu UMNO berterusan rasuah n pilih kasih org diorg ja bercucu cicit keja 1 jabatan...ermmmmmmm...memang mo kena..

BunGkaS Team said...

Masih lagi ka "PITAS" sebagai DAERAH TERMUNDUR di Malaysia? atau sudah naik level? bah BN.. mari kamu tinguk2 konon negeri dibawah bayu ni. jan kamu lupa aaa.... Sabah/Sarawak punya seat masa PRU13 dulu TERSANGATLAH menyumbang kepada kedudukan UMNO/BN dalam memerintah MALAYSIA.

Jom BN... tunaikan segala janji2 anda!!

Orang Sabah said...

Cuba kita perhatikan, berapa ramai profesional Sabah (Jurutera) yang bekerja dengan syarikat/ Firm Oil & Gas di Sabah.. Kebanyakannya bukan orang tempatan (Sabah). Kontraktor kontraktorpun kebanyakannya bukan sabahan. Tengok kontraktor pemasangan Pipeline (SGOT) di Kimanis, Papar. Siapa kontraktornya? Adakah ramai profesional Sabah yang bekerja dengan mereka? Fikir fikirkanlah..