Wednesday, March 18, 2009

ALI RUSTAM DILARANG BERTANDING

18th March, 2009

KUALA LUMPUR: Sembilan hari sebelum pemilihan Umno pada 26 Mac ini, politik Malaysia kelmarin digemparkan dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung amalan politik wang.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Pengerusi Lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan bahawa lembaga itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut perkara yang sama tetapi beliau hanya diberi amaran.

Ini bermakna Khairy masih layak bertanding dalam pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno yang dijadual berlangsung pada 25 Mac ini.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang disiasat bagi aduan rasuah atau sogokan politik, didapati tidak bersalah oleh lembaga itu.

wakakaka...durang sudah sibuk...tangkap hantu main duit...oi badigol indakan ali ketam saja main duit...yang lain indak main ka...wakaka
...khairy diberi amaran saja...dua orang sama salah...1 indak boleh tanding...1 diberi amaran..inilah law of the jungle...tapi kalau semua mau dihukum...nanti indak ada yang layak...semua pun main duit...wakaka
khir toyo...tidak bersalah...ertinya indak main duit...ptuiiii...pigi tanya haji usman sipitang...berapa ribu sudah dia makan duit khir toyo...wakaka

1 comment:

Anonymous said...

ko rasa umno jak ada politik wang?